Harap kad plastik je banyak... duit, warna biru dengan angka satu je punn.. hehehe
Harap kad plastik je banyak… duit, warna biru dengan angka satu je punn.. hehehe

Dalam benak fikiran aku, bila aku melihat kejayaan seseorang individu mahupon sesebuah agensi… aku sering tertanya-tanya dalam kepala hotak aku… Macam mana dan kenapa. Jeles? Mahu tak jeles kalau tengok orang berjaya dari kita. Tapi jeles ke arah kebaikan itu memang dibolehkan kan. Bukan bermakna kita nak jeles pasal iri hati, kemudian berhasrat untuk menghancurkan orang tersebut… bukannn… bukan macam tu.

Kerap kali bila aku tengok golongan orang berada, golongan elit mewah ataupun usahawan yang berjaya… aku akan bertanya pada diri aku sendiri:

 

1. Macam mana awak mulakan kejayaan tersebut?

Ya… macam mana dia mulakan sesuatu kejayaan? Kita nak tau jugak la.. dia pakai “stater-kit” jenis ape? Spark Plug kah? Ataupon sebarang bentuk plugin yang boleh dipasang dalam kehidupan dia. Kan? Pernah tak tertanya macam tu? Seolah-olah kita nampak, kejayaan yang dikecapi tu.. macam sekejap sangat orang tersebut dah berjaya. Apakah rahsia dia? Boleh kongsi barangkali dapat dibeli secara online ataupun COD… haha.

 

2. Macam mana susah dia sebelum dia berjaya?

Ramai yang tak nak ambik tahu pasal ni. Mungkin kalau diceritakan, ada yang tak sanggup nak harungi apa yang telah diharungi oleh orang yang telah berjaya tu. Aku ambik sebagai contoh mudah; satu ketika dahulu aku pernah membaca wawancara Dato’ Yosof Haslam. Secara ringkasnya dia menyatakan… pernah satu ketika dia susah dulu, sampai dia terpaksa gadaikan surat beranak anak dia. Terkedu sekejap aku baca. Aku pon dah tak ingat akhbar mana atau majalah mana.

Tapi itu la… kalau kita, sanggupkah kita bergadai bergolok sedemikian untuk mencapai kejaayan yang kita impikan? Terpulang pada diri masing-masing la kan.

 

3. Berapa banyak modal telah dilaburkan?

Bila kita bercakap bab bisness, perkara pertama harus diperbincangkan adalah bab modal. Konsep ini memang bertengangan 100% dengan konsep MLM. Aku memang tak setuju dengan mindset orang MLM. Bercerita benifit dulu, baru nak bercerita pasal modal…. Modal diletakkan di penghujung perbincangan. Sebelum tu, ditaburkan janji-janji manis. Kalau ade yang buat MLM terasa… aku mintak maaf. Aku memang tak sependapat dengan anda.

Kerap jugak aku di ajak oleh rakan-rakan yang kononnya hilang hubungan satu ketika dahulu… kini muncul kembali. Jumpa ajak lepak sambil minum-minum. Aku ok je la. Kawan lama la katakan.. tapi bila jumpa… ada sorang lagi yang aku tak kenali… PUUIIIIIiii…. MLM ke.. kalau awal-awal kau bagi tau, memang konfem aku tak datang la. Itu satu hal la, cerita bagai nak rak, untung puluh-puluh ribu, CDM dia dah pakai 3 serries

Yang dia? Dok macam tu jugak. Bukan nak berkira… depa makan pon kita yang kena support… kan? Tak ke mencari punca nak kene sumpah macam tu?

Tidak kah kau rasa kau ni memperbodohkan diri sendiri. Tolong la.. Kalau nak meniaga… banyak step dan procedure dia. Bukan cuma perlu buat pinjaman.. kemudian duit tu laburkan pada orang. Kau mesti pikir, meniaga… mesti nak ada lesen perniagaan. Itu perkara wajib… tapi DALAM MLM ade bincang pasal ni? Modal sampai 20 ribu untuk meniaga, lesen pergniagaan pon tadek sebut sepatah. Tak ke pelik?

Anak-anak merupakan sumber inspirasi dan kejayaan seseorang individu.
Anak-anak merupakan sumber inspirasi dan kejayaan seseorang individu.

 

4. Apakah faktor pendorong kejayaan dia?

Nak tahu jugak la rahsia dia.. Apakah faktor pendorong atau siapakah pendorong dia untuk dia terus berusaha supaya mencapai kejayaan. Adakah kerana ibunya sedang sakit.. Adakah keazaman dalam diri dia begitu kental? Apakah isteri dan anak-anak punca dia mencapai kejayaan… adakah berkat dia berdoa siang malam sambil meneruskan usaha tanpa jemu? Adakah dia selalu bersedekah yang mungkin doa orang yang menerima sedekah tu membuatkan dia lebih kaya. Dan supaya kekayaan yang dia ada dapat dikongsi untuk insan lain pulak?

Banyak kot menda nak tanya jika aku diberi peluang tanye apa sahaja pada seorang jutawan yang berjaya.

 

5. Bagaimana dia rasa seletelah mengecapi kejayaan?

Bila dah selama ni hidup susah… ikat perut dan sebagainya untuk mengecapi kejayaan, sekarang bila dah berjaya, apakah yang dia rasa. Apakah perasaan dia ketika ini bila terbaca apa yang aku tulis… Mungkin kalau dia terbaca, aku dapat rasakan yang tiba-tiba terflashback kembali kisah silam ketika dia didalam kesusahan memerah keringat, bergadai golok untuk merialisasikan impian dia dan keluarga untuk mengubah nasib dia.

Adakah dia rasa puas, atau masih tak puas dengan kekayaan yang ada sekarang ni. Ataupon dia rasa bersalah atas tindakan lampau untuk mengecapi kemewahan… atau barangkali, dia terdetik ada seperkara lagi yang masih dia belum lunaskan dalam hidupnya untuk berkongsi kegembiraan atau kekayaan bersama insan lain yang memerlukan? Barangkali… apa agaknya yang dia sedang rasa ketika ini?

Owh… dan.. bagaimana pula teknik dia lakukan supaya kejayaan tu berterusan walaupon terdapat kegagalan?

 

6. Bagaimanakah rasanya melalui kehidupan yang berjaya diimpikan?

Soalan hampir sama dengan kat atas… tapi ini kearah direction kehidupan selepas berjaya mencapai kejayaan dan kekayaan… Hari hari berlalu dan akan dilalui, apakah yang sedang dirasakan untuk hari semalam.. hari ini.. dan juga untuk hari esok. Masihkah berpeluang menikmati pada hari esok? Adakah dia tersenyum puas, adakah dia masih bimbangkan ahli keluarga dia, sanak saudara dia… rakan-rakan dia, bangsa-bangsa dia yang masih tidak berjaya.

Bagaimanakah dia cuba menyalurkan dan menyampaikan mesej kegembiraan akan kejayaan dia kepada masyarakat? Bagaimana pula tanggapan masyarakat terhadap dia setelah dia mencapai kejayaan? Bagaimana pula dengan pergaulan dia dan masyarakat? Apakah persepsi saudara mara terhadap dia ketika ini? Apakah pulak perasaan ibu bapa dia ketika ini..? Macam mana pula dengan keluarga dia ketika ini?

Apa yang dibuat bila dah jadi jutawan? Duduk rumah dan makan anggur kah? Hehehehe...
Apa yang dibuat bila dah jadi jutawan? Duduk rumah dan makan anggur kah? Hehehehe…

 

7. Apa yang dia buat dengan kekayaan dia kecapi sekarang?

Bila dah berjaya dan menjadi kaya, adakah dia melabelkan dirinya sebagai “orang kaya”? Adakah masyarakat memandang kepada kekayaan dia? Bagai mana persepsi keluarga dengan kekayaan dia? Apa yang dia buat dengan kekayaan dia sekarang ni? Macam mana kekayaan dan kejayan dia tu dapat disalurkan kepada ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat? Bagaimanakah pula kedihupan dia lakukan seharian? Apakah rutin harian dia setelah menjadi seorang bergelar jutawan?

Dalam masa yang sama… bagaimana pula rutin dia dengan masyarakat? Apakah tanggapan masyarakat terhadap dia sekarang ni? Macam mana pergaulan dia dengan masyarakat? Adakah dia rasa kehidupan dia semakin sempit disebabkan kekayaan dia, atau semakin lapang dan semakin dipermudahkan?

Bagaimana dia melakukan urusan kehidupan dia? Adakah diuruskan oleh orang lain? Adakah dia percayakan orang disekeliling dia? Bagaimanakah caranya dia mempercayai orang disekelilingnya? Adakah terdapat iri hati sesama sendiri antara orang yang rapat dengan diri dia dan adakah dia menyedari perkara tersebut? Apakah pula tindakan yang dia ambil lepas menyedari perkara ini?

 

8.  Adakah dia masih rasa ingin mencapai sesuatu, tapi masih tidak tercapai?

Ade tak rasa sebegitu? Rasa macam membuatku rasa kosong… kosong… kosong… Owhhh!

NOTA: Kalau nak ikutkan banyak lagi perkaya yang aku nak tanya, kalau diberi peluang aku face to face dengan Jutawan kat Malaysia ni… perkara yang aku ingin tahu sangat adalah, keperitan dan kesengsaraan yang dia hadapi sebelum dan selepas berjaya.