Ada apa pada tahun… hari kehari… minggu ke minggu… bulan ke bulan… tahun ke tahun… Pejam celik pejam celik rupanya dah nak masuk 5 tahun dah saya dan isteri berkenalan. Tempoh perkenalan yang amat singkat… masih belum cukup pengalaman untuk berumah tangga. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk kedua manusia yang bergelar suami isteri.

2007 – Penghujung tahun yang merupakan tahun di mana saya mula mengenali Cik Adik saya. Masa ni… sekadar SMS… nak telepon segan. Maklumla… awak ni bukan pandai mengorat orang pon. SKEMA la katekan… Masa abis terbuang depan komputer jer.. Lagi pon.. masa ni baru jer berpindah ke Kuala Lumpur. Banyak perkara nak kene atur. Masa tu… saya kenal dia melalui sorang akak dari laman WEBKL. Kakak ni la yang perkenalkan saya dengan isteri saya sekarang ni. Dan Kakak ini lah juga merupakan kakak ipaq.

Rasa berkenan dalam hati untuk jadikan Cik Adik lebih daripada sekadar kawan. Saya bertekad  nak pergi berjumpa dengan keluarga dia sendiri kat Gurun, Kedah. Masa tu ambik cuti dua hari. Pergi dengan bakal kakak ipaq yang kenalkan saya dengan Cik Adik… dan tentu sekali bersama tuan empunya badan tu… Saya pergi merisik sorang diri okeyyy… Bukan niat nak membelakangkan keluarga… saya pergi sebab niat ikhlas.. nak berjumpa dan berbincang. Soal urusan pertunangan itu akan diuruskan oleh Mak dan Abah kat kampung.

Cerita saya pergi merisik… masih lagi tersimpan di:

  1. Kedah Jurney – The Jurney Begun
  2. Kedah Jurney – Part2
  3. Kedah Jurney – Part3

2008 – Setelah berkawan dalam 6 bulan.. tak cerita banyak dah.. terus jer bagi tau abah nak bertunang. Abah macam tak percaya. Manakan tak… saya anak bongsu. Abah pikir nak merisik la.. nak beradat semua la.. dia cakap sanggup ke? “Abah… bab merisik… Man dah pergi merisik sendiri dah…”. Abah jadi terkujat… biar betiikkkk… Macam ye ye jer abah tanye… “Dah habis pikir dah ke?”. Dengan lantang dan yakin… “Pasal dah abis pikir la… Man bagi tau abah ni..” Masa tu… 6 November 2008, maka termetrai la perjanjian antara dua orang yang nak kawin ni….

2009 – Tempoh bertunang agak lama… saya tetapkan setahun sebab nak kumpul duit. Masa tu badan dari gemuk terus kurus kering. Time nak kawin  baru nak kumpul duit. Kire ok la jugak tu daripada kawin… buat pinjaman.. lagi better sebelum kawin ikat dulu perut. Memang sepanjang tahun 2009 badan jadi mat lempeng.. memang jimat habis masa ni. Sebulan mau tak mau.. mesti simpan RM550.00. Dah la gaji kecik. Tapi bukan alasan la semua tu. Akhirnya… pada 7Eleven2009, kami berdua selamat diijabkabulkan…

2010 – Tahun ni adalah tahun yang agak kalut… selang setahun semua perkara di atas ni berlaku… tahun 2010 pulak adalah tahun kelahiran Amirul. Herm… Kawin pada November 2009… dan Amirul lahir pada 8 Okt 2010…. GENAP 9 BULAN selepas kawin… wowowowow…. Memang tahun 2010 ni agak mencabar bagi kami yang baru saja bergelar pasangan suami isteri. Baru nak manje.. manje… kene kongsi plak kasih dengan anak. REZEKI… jangan merungutttt~

2011 – Sekarang ni dah tahun 2011. Alhamdulillah… selepas kelahiran Amirul… itu la, orang kata rezeki anak.. saya dapat bekerja ditempat baru. Dapat luangkan masa hari cuti dengan Amirul.. Cuma tak sempat nak hantar isteri pergi kerja dengan balik kerja jer. Kalau Cik Adik kerja pagi.. saya sempat hantar.. tapi waktu balik.. dia kene balik sendiri. Kalau dia kerja petang pulak.. waktu baliknya pulak akan saya jemput. Begitulah ceritanya…

NOTA: Dah lima tahun dah rupanya kan sayang…??? Bulan depan bulan JUN. Bulan di mana lamaran saya diterima oleh Cik Adik.