Untuk mengundi: Boleh klik link ini.
Untuk mengundi: Boleh klik link ini.

Dah lama berfikir, sama-ada nak masuk atau pon tidak. Bak seperti kata En Titan, masuk je la… kau ingat senang ke ape dah dapat free expossure macam ni. Bila kita masuk, secara tak langsung, akan ada impak pada page visit dari hari ke hari. Mungkin orang yang tengok tu, tak mungkin nak kita menang, tapi strategi traffik sangat berkesan.

Dalam 10 orang yang tengok gambar kita, takkan sorang pon tak teringin nak baca apakah kesah disebalik gambar yang kita publish tu kan? Paling koman pon boleh jugak tersangkut sorang dua. Ok lah tu. Dan, disebabkan perkara ini… aku memilih gambar Amirul Azhar untuk dipertandingkan bagi kategori PhotoStory Of The Year (by Yahoo Malaysia).

Untuk seorang blogger, memasuki pertandingan seperti ni, bukan saja focus pada kemenangan. Kalau menang, bagi aku itu adalah bonus. Tetapi dari dasar marketingnya, Digi WWWOW merupakan satu platform yang tak patut nkorang para blogger ni mensia-siakan macam tu je.

Ye memang tahu, adat bertanding ada menang dan ada kalah. Dan dalam masa juga, bila mana dah dinamakan pertandingan maka ada la juga penipuan. Korang ketepikan semua perkara tu. Apa yang penting masuk je dulu. Ni jangan kata aku tak kasik nkorang semangat dan peransang untuk join plak. Masuk jangan tak masuk.

Kalau rasa layak satu.. masuk satu. Kalau rasa layak semua.. masuk semua
Kalau rasa layak satu.. masuk satu. Kalau rasa layak semua.. masuk semua

Kalau dah bersedia, nkorang dah teransang 101% dengan kata-kata aku kat atas, nkorang boleh sertai mana-mana 15 kategori yang dipertandingkan. Jom daftar kat DIGI WWWOW. Hadiah yang dipertandingkan pon bukan cikai kot. Jadi kat sini, dalam pandangan peribadi aku la, walaupon nkorang tak menang, tapi nkorang dapat publisiti di satu platform yang ternama. Kiranya win-win situation.

Dah, aku malas cakap banyak. Sila gigit jari kalau nkorang rasa nkorang patut memang, tapi masih berpeluk tubuh tak buat ape-ape tindakan. Padan muka. Tapi kalau nkorang memang deside tak masuk bertanding, aku cadangkan nkorang vote la gambar anak aku tu. Kalau menang, dapat la modal nak beli pampers dengan susu anak-anak aku tu. hehehe.. jadi la 😀