Dah dekat dua minggu dah aku rasa agak sebok dengan tugas harian. Jadi aku lebih fokuskan pada kerjaya berbanding hobi masa lapang. Sebab sekarang ni pon… kerjaya aku ni aku anggap sebagai hobi yang aku paling minat. Membahagikan antara hobi paling aku minat dengan hobi masa lapang… dah tentu fokus kat hobi yang paling diminati tu agak lebih sikit. Sikit-tak-sikit… blog aku jugak dah bersawang sejak dua minggu ni.
Mungkin minggu ni dan seterusnya jugak aku akan sebok. Aku tak tau bila masa aku akan stabil macam dulu lagi. Tugas dan tanggungjawab yang dibagi oleh majikan… perlu dipikul untuk masa depan kerjaya aku jugak. Sebelum aku kelaut merepek bukan-bukan… hari ni aku sekali lagi berkampung kat Taska PPUM. Temankan mama Amirul kerja. Sambil menunggu waktu 9.00pm… macam biasa… capai kamera kesayangan. Mulakan tembakan!
Nota: Selepas ni… tak tau mane lagi subjek aku nak carik kat Taska PPUM ni. But apa yang meriangkan hati, sifu aku @Aeropama dah ade kat KL. Yeayyy~
wazy
20/10/2011 @ 9:53 pm
Semua gambar yang bro ambik ni cantik,boleh hilangkan tension bekerja
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:11 pm
terima kasih atas pujian. tapi aku banyak lagi perlu belajar 😀
Muhamad Azman Ishak
20/10/2011 @ 12:31 am
Bajed berapa bro? Kamera aku Sony A290. Harga dalam RM1500.00± termasuk kit lens. tak pe bro… kumpui duit pelan pelan.. aku pon pelan-pelan kumpui dulu semata-mata nak hobi ni.
Nak main macro… lense plak tadek bro. hahaha… so rilek dulu. kene kumpui duit baru bleh beli. ini hobi mahai bro. kita tak bleh sangat nak ikut orang lain.
adamfaiz
19/10/2011 @ 2:16 pm
Orang makan gaji cam kita ni kena la utamakan kerjaya.. tapi memang bagus ada hobi masa lapang cam fotografi ni.. aku? Minat gak fotografi…. minat tengok hasil orang hehehe… 🙂
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:12 pm
kene kumpui duit la bro kalau minat. aku pon bayar duit kamera pon tak abes lagi. mane nak mampu beli harga ribu-ribu selepuk. tapi demi hobi la kan… henjut jer.. hahaha
Wan Perlis
18/10/2011 @ 8:45 pm
pinjam camera blh x
hahaha
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:12 pm
no way men!
Rosley
18/10/2011 @ 10:08 am
Hello admin,
Rupanya bidang fotografi ni keja dia mampu menenagkan fikiran selalu kan,adoi silap saya g ambil bidang automotif,tiap tiap hari repair kereta je hihi
Cheers,
Apple iPhone 5
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:13 pm
Hi Rosley,
Bidang automotif pon bagus ape! aku bukan kerja dalam lapangan fotografi. tapi aku jadikan fotografi sebagai hobi. xceli aku kerja sebagai System Administrator.
Salam ceria dan salam kenal!
mijie
16/10/2011 @ 11:40 pm
aku jeles sebab lense ko tu kalau main bokeh memang cantik, semua gambar kat atas aku dah suka…tambah2 yg last tu gambar waktu mlm, tp sbb hang dah guna shutter speed 1/2 sec for sure nampak bhlurrr skit…
kalau aku naikkan iso skit, apperture sebesar mungkin ( f number paling kecil) pastu shutter speed naik skit utk elak gegar…
ok sekian sahaja dan aku tengok hang sekarang mcm dah nak ke makro je..
Muhamad Azman Ishak
22/10/2011 @ 3:19 pm
Bro… sham cakap dengan aku… pasal bokeh ni… perletakan subjek dengan latar belakang… mesti jaraknye 3x ganda antara jarak hang dengan subjek. maka latar belakang automatik jadi bokeh. itu kalau pakai kit lense ar. sham ade prove kat aku masa aku 1st-1st pakai camera ni.. dia yang ajar aku pasal DOF utk kit lense.
(gambar last) – aku rasa agak fail kalau gambar aku ade noise. sangat mengganggu emosi duh… compare to blur. bila ade noise ni… aku rasa gambar aku macam kene pasir jer…
kalau aku naikkan iso = noise >. Kamera aku bukan macam kamera hang… sebab hang punye Noise Reducing pawer… so bley la main ISO tinggi. kamera aku murah kot. hahaha…
F-Number untuk lense 70-210mm aku hanya f4.5. So tak bleh bukak lebih macam kit lense bley pergi sampai f3.5. kan?
Macro? nak beli lense… tapi tak mampu. aku bukanlah seorang penyabar utk main macro. haha!