Sepetang di taska PPUM.

Dah dekat dua minggu dah aku rasa agak sebok dengan tugas harian. Jadi aku lebih fokuskan pada kerjaya berbanding hobi masa lapang. Sebab sekarang ni pon… kerjaya aku ni aku anggap sebagai hobi yang aku paling minat. Membahagikan antara hobi paling aku minat dengan hobi masa lapang… dah tentu fokus kat hobi yang paling diminati tu agak lebih sikit. Sikit-tak-sikit… blog aku jugak dah bersawang sejak dua minggu ni.

Gambar ni aku ade touch-up skit. Scene waktu malam. Tanpa flash.

Mungkin minggu ni dan seterusnya jugak aku akan sebok. Aku tak tau bila masa aku akan stabil macam dulu lagi. Tugas dan tanggungjawab yang dibagi oleh majikan… perlu dipikul untuk masa depan kerjaya aku jugak. Sebelum aku kelaut merepek bukan-bukan… hari ni aku sekali lagi berkampung kat Taska PPUM. Temankan mama Amirul kerja. Sambil menunggu waktu 9.00pm… macam biasa… capai kamera kesayangan. Mulakan tembakan!

Tersalah fokus. Terpilih pada urat akar yang terjurai...
Macam rasa nak beralih pada dunia macro... tapi lense nak beli tak mampu
Pokok yang kerap aku belek.... setiap kali aku singgah ke PPUM ni.
Berlatar belakangkan bangunan Chanseloria kat PPUM.
Effect ditambah: Bloom dan Old Film Effect menggunakan Photoscape.
Hanya menggunakan effect Bloom untuk kelihatan macam Taman Bunian.
Cuba memperbaiki komposisi.. tapi masih juga banyak yang perli diperbaiki
Sekali lagi menggunakan Bloom + Vignetting
Gambar penutup sebelum balik. ISO 400 pada f4.5 1/2sec

Nota: Selepas ni… tak tau mane lagi subjek aku nak carik kat Taska PPUM ni. But apa yang meriangkan hati, sifu aku @Aeropama dah ade kat KL. Yeayyy~