Dah masuk 3 hari aku dengan Amirul dok berlawan demam. Sebelum ni, hari lepas balik dari Kedah minggu sudah, akak ipaq dari kedah tu ade la dok kirim dorian 3 biji. Nak dijadikan cerita, Masa puasa pertama.. tak teringin langsung nak makan. Maklum la penat. Tapi tiba puasa kedua… elok jer bukak poser… terus terkam durian…

Nah menjawab… sampai ke hari Jumaat ni baru nak kebah demam. Kebah tak kebah… still jugak rasa macam nak demam balik ni…. Oooo… Tobat wo… kalau puasa jangan la nak makan dorian. Insyaallah… dapat pakage demam lengkap dengan batuk dan selsema. Sekarang ni dah macam ok sikit. Otak pon baru rasa nak center. Dah boleh la maintain le ni.

Amirul plak… dah dua tiga hari badan dia kejap panas kejap ok. Aku ada la dah bawak pergi ke Hospital PPUM tu, risau gak la kan.. takut sakit melarat. Tapi dah buat check doktor.. doktor kata setakat demam biasa jer. Tadek infection ape ape. Balik dari PPUM, badan dia macam dah ok. So boleh la aku tidok lena malam tadi.

Tiba-tiba hari ni… masa kat tempat kerja, mama Amirul tepon, cakap anak panas kuat. UHHHhhh… Ape lagi.. terus isi borang emergency leave…. dapatkan sign boss, terus pecut balik rumah. Sampai umah.. tengok Amirul dok lembik jer. Mana tak nye.. makan pon dia tak lalu… harapkan minum susu jer.

Start jer motor.. terus aku rempit jer pergi Guardian. Ni la untung jugak duduk kat kawasan perumahan aku. “SAKNEKA-MAK-NENEK” semua ade. Terus carik ubat penahan panas yang sumbat kat punggung tu. Lepas tu carik Grape Water. Petua orang tua-tua cakap kalau anak kembung perut, elok air tu. Lepas kene sumbat punggung jer.. elok setengah jam lepas tu.. terus cirit.. keluar sisa-sisa toksik bersama angin yang tak lawas dalam perut.

Rasa lega sikit la.. petang ni boleh tengok Amirul main-main kat rak buku mama dia. Itu faveret spot. Tapi tadi macam ok. ni tak berapa nak elok balik. Kalau boleh bluetooth demam Amirul kat aku… aku tranfer jer. Kesian kalau anak anak demam ni. Perkara merunsingkan mak bapak kalau anak demam, sakit… kembung… COBAAN.

Nota1: Minggu depan Ayam Golek NARA 13/08/2011. Dijemput sesapa nak join, sila isi borang komen dan DM no telefon kat twitter @azmanishak.

Nota2: Minggu ni tak kemana-mana kot. Musim demam. Baju raya Amirul… baju raya mama dia pon tak beli lagi. Sungguh budget tahun ni. Semoga dilapangkan rezeki pada tahun ni. Kene usaha lebih keras. Amin~