Macam biasa, kalau hari hujung minggu, lepas tu mama Amirul kene bertugas… aku dan anak beranak akan berkampung kat TASKA PPUM. Bukan ape, kalau nak ditolak pergi dan balik, minyak kereta aku tersangat la parak. Mau tak mau… aku pon terpaksa la di-TASKA-kan sekali kat PPUM ni. Taska PPUM ni adalah kemudahan untuk kakitangan PPUM menghantar anak diaorang kalau ibu/bapa kanak-kanak ni sedang bertugas di hospital ni.
Maklum la, kerja hospital…. jadual kerja bukan sama macam kerja manusia lain. Kepada mereka yang bertugas sebagai kaki-tangan hospital ni… kiranya aku paham la apa yang nkorang rasa tu. Rasanya dah nak dekat 2 tahun dah aku berulang-alik ke Taska PPUM semenjak kawin. Bagi aku itu adalah satu rutin dan tugas yang perlu aku pikul untuk keselamatan isteri aku.
Bukan tak boleh nak balik sendiri ataupon suruh mama Amirul bawak motor pergi kerja, masalahnye aku cuma risaukan soal keselamatan. Baik la aku susah sekarang.. dari sesuatu perkara yang sepatutnya boleh elak tetapi terjadi. Kalau nak naik kenderaan awam dari rumah nak ke PPUM pulak, nak kene naik LRT dengan Bas. Itu semua costing bhaiii~ Tapi kalau mama Amirul dah kerja shift petang… nak tak nak, terpaksa jugak la.
Hurm.. memang kalau boleh aku lebih suka hantar dan ambik Cik Adik dari tempat kerja… bukan sebab nurse kat sana comey-comey ye! Salammm skit!!! Pasalnye… masa dalam kereta ni la masa paling privacy untuk berdiskusi soal rumahtangga. Kalau kat rumah kang.. takut plak jiran-jiran dengar. Zaman sekarang ni.. dinding pon boleh MMS. Wadehell…
Owh well… lupekan sejenak kesah tok karut dengan wayang kulitnya kat atas tu. Masa aku kat Taska PPUM aku terbaca satu statement yang dikeluarkan oleh pihak Taska. Sekarang ni wabak penyakit Tangan, Kaki dan Mulut dah pon melular balik dikalangan kanak-kanak kat sini. Dah ade 2 kes macam tu kat Taska. Kalau lebih dari dua orang.. kemungkinan Taska PPUM akan di tutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan sebagainya.
Sambil-sambil nak menunggu mama Amirul balik dari kerja. Aku pon berjalan sekitar Taska bersama Sony 290A (kamera aku murah.. tak setanding En. Tarmizi lol~). Macam biasa enviroment kawasan belakang Taska ni aku suke.. agak redup dengan pokok-pokok berlatar-belakang-kan bangunan TM dan juga LRT Kerinci. Hurm… Jom layan bosan… Tema aku kali ni… Hijau bumi tuhan!
Nota: Sekian terima kasih… kekekeke.. hurm… lepas ni… rehat selama seminggu sebab dah abes bahan. Kecuali besok luse aku keluar jenlajan carik pasal.
Zulaiha
07/03/2019 @ 12:37 pm
Boleh dptkan nom.phone taska ppum x
Bekerja sambil bercuti di Johor Bharu
05/10/2011 @ 12:47 am
[…] letak watermark dan juga kecilkan saiznya sahaja, kali ini malas nak touch up sebab sifu aku si azman ishak dah bising […]
Muhamad Azman Ishak
03/10/2011 @ 5:44 pm
PPUKM? Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan kah? erk… series aku tak tau.
mijie
03/10/2011 @ 4:54 pm
banyak modal nampak abang kita ni, nanti nak buat acara harian la lepas ni, aku suka yg gambar cahaya blur2 sbb aku tak reti buat dan lense mahal macam hang boleh la buat, aku? memang tak dapat laa
Muhamad Azman Ishak
03/10/2011 @ 5:22 pm
banyak lagi modal sebenarnya kalau nak bahan orang tu. idea sentiasa mencurah curah.. hahaha…
macam aku cakap.. light bokeh pakai manual. memang tak dapeknye kalau pakai auto. ni pon si eddie yang ajar kat aku. pakai manual.. adjust sesedap mata.. pandang ke pokok… dan tembak dengan exposure yang natural (0 atau +1).
ni bukan masalah lense dowhh… ni soal teknik laaa weiii ampeh.. hahaha!
mankuchai
03/10/2011 @ 12:54 pm
Aku pun semalam gi melawat saudara kat tgkt 5 wad neo sains.Polis yg tertembak muka sendiri tu sedara aku rupanya.
Kalau tau semalam boleh gi cafe minum2…pekene soup Ani Utara ker he3..
Muhamad Azman Ishak
03/10/2011 @ 5:07 pm
aiseymen.. apesal tak SMS? haha.. kalau tak boleh kita ngeteh dulu sementara nak tunggu wife aku balik. ayoooo~
so cam ne sedara hang? ok dah?
KNizam
03/10/2011 @ 12:44 pm
tudiaaaa sakan bergambar haha
Muhamad Azman Ishak
03/10/2011 @ 5:04 pm
saje panaskan lense… dan panaskan mijie. haha.. awak tu bile lagi nak rasa panas lense? hehehehe