Haram… tadi tertekan button [Enter] masa taip tajuk. Tak pasal-pasal entri terus nak publish. Mujur sempat tekan ESCAPE. Itu menunjukkan betapa pantasnye jari jemari menjadi pelaq kalau hati melonjak-lonjak nak update blog. Kan dah kantoi. Kembali sejenak selepas pulih dari kaver kemaluan sebentar tadi… refer tajuk? Erk.. ini projek usaha sama dengan rakan setugas yang menelan masa hampir setahun.
Projek ni bertujuan untukย meng-arkib-kan semua Harta IT supaya boleh di-audit dengan cara yang sistematik dan tersusun. Boleh dikatakan.. semua code adalah dari PHP, lepas tu JavaScript skit-skit… then ade jugak la rojak dengan jQuery dan ade jugak CSS. Kami yang baru jer jadi progremmer terjun (bidan terjun) dalam PHP & MySQL progremming ni… Bagi aku, aku rasa puas hati dengan projek ni. Meskipon cikai, tapi ini lah projek pertama selepas aku kenal dan tau macam mana nak main dengan PHP.
Gile cakap kauuu.. ketagih main PHP ni lagi syok dari aku main mIRC Script dulu. Kalau mirc script… dia handle by individu… kalau PHP of course server side Progremming Language. Tapi aku heran sesetengah Employee yang nak amik pekerja… depa cakap PHP bukan Progremming Language. Dia web language… (PFFTTTTT…. carut banyak-banyak). Kalau kau tak tau… better kau jangan banyak bunyik sialll…
Secara amnya work-flow pasal projek ni datangnya dari member aku. Dia yang selama ni buat semua flow cuma dalam Microsoft Excel. Aku pada masa tu.. baru sangat kerja dengan tempat yang sekarang ni. Jadi aku tanye dia:- ” kenapa tak buat online jer? Kan senang… duduk mane-mane pon boleh Audit Komputer!!” Termanggu dengan persoalan aku.. dia terus tanye aku boleh ke tolong dia buat mende ni.
Erk… aku jujur aku cakap.. aku baru jer dalam dunia PHP Progremming. Dia pulak declare, dia satu habuk tak tau. Ok fine.. kalau macam tu.. kita sama-sama belajar. Tak rugi kot. Lepas tu, dari hari-kehari kiteorang buat penambah baikan untuk projek ni. Sampai lah sekarang.. aku dah boleh tengok jadual kekerapan sesebuah komputer dikemaskini oleh System Administrator, sama ada oleh aku, ataupon oleh rakan aku.
Projek ni untuk tugas design… member aku yang rajin buat. Dia punye idea design.. memang aku salute gak la.. pasal dia sangat primitif dengan angel-angel halus dalam website. Manakala aku pulak tugas sebagai full owner of coding. Coding flow yang macam gampang tu semua dari aku bhahahaha…. But sikit-sikit aku improvekan selari dengan kefahaman aku tentang PHP pada masa ni.
Bila aku tengok hasil yang aku dapat dari projek ni.. memang sangat berguna untuk kerjaya aku sebagai seorang Systems Admin. Tapi aplikasi ni aku tak buat software injection macam sesetengah software yang ade dipasaran sekarang. Sebabnya.. itu akan menjadikan aku malas untuk memantau komputer yang ada kat bawah naungan aku.
Aku tau.. dah banyak software macam yang aku buat ni dalam internet… tapi kepuasan yang aku dapat… lebih dari sekadar tau menggunakan software orang lain. Kire proud la sebab aku owner of the codes. Gilerrr mung… ingat senang. Sampai empat lima pagi tak tidok sebab study pasal mende alah yang tak pernah aku terpikir nak belajar satu ketika dulu iaitu menatang PHP ni.
Merungut pasal soal bayaran Projek Mega 1.8Mil. Hurm… aku rasa masih tak berbaloi… jika…. jika… security macam celaka atau level tahap macam pengalaman aku. Tapi kalau dah diiktiraf sebagai secure site…. Kire agak berbaloi la harga tu. Sebabnya memang nak buat system core akan menelan masa dan belanja. Hire atas hire… sub atas sub… pasal tu jadi harga berlipat kali ganda.
Nota: Ape motif aku merepek pagi ni? Cuma nak ucapkan terima kasih pada Saudara Eizil, Mr. Kay, Lomo_Tech dan lain lain yang selalu bantu aku kalau aku tak paham pasal progremming.
wazy
20/10/2011 @ 9:27 pm
Tahniah bro,nampak gaya dah semakin maju,teruskan usahamu itu
harga blackberry bold
19/10/2011 @ 10:33 pm
It’s a nice blog. Salam kenal ya….
muhammad fakhruddin
19/10/2011 @ 6:43 pm
Bravo bro!
Ok saya kena tajamkan skil yang ada
bukit gambang
16/10/2011 @ 9:08 pm
slow2 bro, sikit2 jap lagi terer la tu, berminat juga nak belajar coding tapi bila tengok lama2 jadi juling gak mata.
kerja kosong
12/10/2011 @ 8:51 pm
Nampak macam boleh la tu project.. kerja yang berhasil ya .. congratulation bro !
puanbee
11/10/2011 @ 10:16 pm
ist time dtg .. kak kujie rekemen
Mus
10/10/2011 @ 1:15 pm
tahniah bro.. tak semua orang tahu buat ni semua!!
Muhamad Azman Ishak
10/10/2011 @ 11:06 pm
tapi ramai yang boleh buat lagi hebat dari yang aku buat neh bro. but thanks anyway.
Azim Norazmi
10/10/2011 @ 12:47 am
Bukan dah ade open source cms ke utk it asset asset management nih? hehehe
Muhamad Azman Ishak
10/10/2011 @ 11:05 pm
kan aku dah kate kat perenggan kat atas… memang ade.. but aku prefer buatan sendiri. lebih mudah aku nak faham flow.. dari hanya paham guna orang buatkan. ๐
wandisini
06/10/2011 @ 10:43 am
boleh jadi idola kepada semua noob baru belajar dalam PHP ni
Muhamad Azman Ishak
10/10/2011 @ 11:04 pm
ya.. saya memang noob. hehehe… maafkan saya kalau ada salah dan silap ye..
arynet
05/10/2011 @ 4:16 am
wow, mantap. berapa ribu line kah yang telah anda tulis? hehhehe..
Muhamad Azman Ishak
10/10/2011 @ 11:03 pm
berapa ribu eh? aku lupe la bro. banyak gak file php aku buat.
Sham Hardy
04/10/2011 @ 11:27 pm
tahniah la bro! wooot!
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 11:44 pm
tq sham… mintak tunjuk ajar aku yang baru ye. tq!
zaryl
04/10/2011 @ 11:07 pm
perghhhhhh…. ternganga juga la sat mulut aku tadi haha.. memang mantap wooo (bukan bodek tau) hehe agak2 bila nak share?
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 11:43 pm
hehehe.. jangan cam tu bro. aku noob baru blajar ok. saje nak share sebab hasil dalam setahun. berbaloi sungguh tenggelam timbul selama ni.
p/s: share? hehehe… ni projek 2 orang. tak berani nak share. kalau nak idea… boleh!
Eizil
04/10/2011 @ 7:08 pm
Tahniah bro sebab akhirnya sistem ni siap gak, lama dah tunggu nak tgk projek yang ko kerjakan ni, akhirnya dapat gak tengok… Pasni lerh aa buat sistem lain plaks… ๐
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 11:41 pm
terima kasih sekali lagi bro atas tunjuk ajar. sistem ni still lagi ade bug. but dah boleh la skit skit nak handle masalah buggy dalam php. tq again.
Kujie
04/10/2011 @ 5:39 pm
sekali keluar semua bahasa alien …hehehe
tahniah!
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 11:40 pm
hahha… kalau kak nani… cukup tak gemar kalau dah start speaking alien.
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 3:49 pm
ni semua gabungan idea dengan rakan sekerja. buat secara part time. pasal tu memakan masa hampir setahun.
Persada
04/10/2011 @ 2:16 pm
belajar Php sendiri…
Tabik la bro, aku pun teringin nak belajar tapi masa tak mengizinkan, sebab ada orang cakap benda ni berhantu, kalau dah terjebak parah jadinya boleh terbengkalai kerja lain….
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 3:56 pm
erk.. janji minat jer. lepas tu rajin bertanya. aku pon sampai sekarang.. banyak mende nak tanye.. dan banyak bende lagi aku tak paham. secara kesimpulannye.. aku belajar secara part time dalam masa sendiri. beli satu buku php. now dah tak bawak dah buku tu. cume refer online kat tuzag atau w3schools.
terbengkalai kerja lain tu tak jugak. aku rasa tengok pada individu tu sendiri kot. apa yang penting kene carik key dalam fundamental of PHP & MySQL security. itu agak penting la jugak.
cikgu hairul
04/10/2011 @ 1:30 pm
pengorbanan yg berbaloi2 sampai tak sempat menghupdet belog..
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 3:51 pm
hehehe… maafkan saya.. ini lah puncanya saya jarang update blog sejak kebelakangan ni.
cyberfly
04/10/2011 @ 12:09 pm
Dari screenshot kat atas, aku boleh tahu sistem tu agak hebat untuk first time projek. aku dulu nak sampai tahap camtu beberapa kali buat gak. salute bro!
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 3:49 pm
sila tunjuk ajarku sifu. banyak mende lagi aku tak mahir.. termasuk penggunaan array yang aku sangat bencik.. hahaha! kemudian for-each… while… dan semua jenis loop banyak aku kurang prektikkan.
buat masa ni.. cuma paham dan rasa syok dengan fungsi while. lepas tu salah coding.. browser crash.. haha!
KNizam
04/10/2011 @ 12:07 pm
wow! hehe ๐
Muhamad Azman Ishak
04/10/2011 @ 3:46 pm
menulis macam kat blogspot rasa lagi bebas.