Sebenarnya cadang nak pergi umah abang yang dekat Kampung Jenjarum ni ade la dalam dua minggu sudah. Tapi biasa la…. kehidupan kat kota ni kan.. nak gerak sikit duit… nak kencing… duit.. nak itu duit.. nak ini duit… mujur la nak sedut udara atau nak buang udara tak kene duit.. kalau tak, mau aku rasa bungkus semua kain baju bawak jer balik kampung. Merungut pasal duit tu adalah perkara biasa dalam kehidupan yang bekeluarga, lagi-lagi kalau duduk kat bandar kota metropolitan bak kata orang tu.
Dipedekkan mukhadimah yang dah kelaut niii, tujuan lain aku pergi ke rumah abang dekat Kampung Jenjarom ni pasal anak abang yang sulung tu dapat bantuan Laptop 1Malaysia. Jadi abang ni tak berani la nak usik. Dia kata kat anak… “Tunggu la nanti paksu datang…nantiĀ paksu setting”. Masalah utama bukan pada laptop, tapi abang cakap, dia nak share WiFi streamyx dia dengan laptop yang baru dapat tu.
Perkara agak kacang… seperti yang aku duga… modem/router TM masih lagi menggunakan default password. Jadi tadek masalah sangat nak aksess page router. Lepas masuk godek wifi setting… nak dekat 2-3 jam tak boleh connect. Wifi dah broadcast.. pre-shared key semua dah betul, tapi masih gak tak boleh nak sambung… abis semua laptop aku dengan henpon aku pon aku terai sekali… same jer.. tak boleh gak.
Mujur kat rumah abang memang ade satu PC yang dah sambung pakai LAN. Malas nak cerita banyakkk… aku open satu lagi SSID. So broadcast 2 SSID. SSID yang kedua ni… once aku dah setting semua… terus boleh sambung. Wallaaaa…. cam magik gitu. Kalau tau dari awai lagi aku dah broadcast second SSID. Demmmyyy… tah ape kene SSID yang no 1 tu ntah. Berkongsi minat dengat anak saudara yang sulung pasal komputer ni… memang macam-macam soalan cepu emas la aku dapat. Tak pe… dia semangat nak belajar. Dari ke cara nak lajukan streaming sampai ke Photoscape.. semua aku turunkan haha..
Lepas siap setting WiFi, sekarang giliran melayan anak sedara yang no 3. Kali ni aku berkongsi minat tangkap gambar. Abah dia pon ade belikan digital kamera yang same macam SLR. Blasah je aku bantai citer pasal ISO, Shutter dengan Aperture… cam la dia paham… Tapi aku tengok result bleh tahan, Dari asal dia pakai auto.. now dah pandai main Mode Shutter. Ok la tu kot.. tok guru dia pon kengkadang ke laut jugak. Hahaha…
Panjang gile sembang weiii… untuk sesi layan gambar pada kali ni.. aku merajinkan sikit jari jemari untuk buat beberapa cross processing dan jugak HDR. Maklum la kauuu… kamera aku murah kot. Ni aku nak pesan… kalau kita ni sadauuu la kan.. kamera tu murah cam kamera aku niii… kene rajin petik… lepas tu… kene rajin edit. Baru la nak tunjuk gambar kat orang tu.. tadek la sepesen sangat.
Tapii… ade tapinye… kalau nkorang beli kamera mahai CAP NIKON atau CANON macam Saudara Tarmizi… lain citer… Dia tu… petik macam mane pon… gambar dia lawa. Jeles siallll~ Pasal tu dia malas update blog dia letak gambar. Sebab dia tak perlu prektis banyak-banyak macam aku ni… muahaha! Dah puas hati…? Jom layan!
Nota: Ok… cukup cukup la merepek… nanti kita boleh tengok cam plak Bro Mijie nak bahan aku balik.. hahaha.. kalau rajin.. nanti kita boleh jengok apa yang dia bebelkan kat aku plak di http://muhammadtarmizi.com.
Top Komentator Jun 2013 Pondok Kecil - Pondok Kecil
02/07/2013 @ 11:54 am
[…] Kredit : Selamat datang ke Kampung Jenjarom, Banting […]
shaharil
04/10/2011 @ 10:02 am
Lawa gambar yang disnap. Ditambah lagi dengan teknik edit gambar yang betul. Lagi jadi makin lawa.
wazy
02/10/2011 @ 4:47 pm
fuhhhh
semakin cantik gambar yang bro ambik ni
skit lagi jadi pro la ek
Muhamad Azman Ishak
02/10/2011 @ 9:34 pm
wazy… aku sangat baru dalam dunia foto. masih tak pandai.. seriess…
Roslan
02/10/2011 @ 1:50 pm
DHR tu ape abg mang?
Muhamad Azman Ishak
02/10/2011 @ 4:53 pm
bodo typo bhahahaaha gampang… fu fuuuu… aku dah repair lahanat. hahahaha nampak jer.
Kenduri kahwin di Kampung Tenang, Labis Johor
02/10/2011 @ 1:24 pm
[…] menggunakan kit lense yang tak mampu nak zoom jauh-jauh untuk capture gambar, lainlah kalau si Azman Ishak ada masa majlis ni memang lain lah, dia ada DSLR dan lense yang mampu zoom jauh-jauh. Memang kacak […]
Kujie
02/10/2011 @ 1:16 pm
hari tu kan..masa korang datang tu sebenarnya kak jie pun nk suruh korang godek router kak jie
dah try patlima kali, ada tapi mcm tak de
susah arr nak terangkan mcm mana…
tapi…ramai le pula org masa tu, tak dijangka pun..tetiba crowded, kakak buat openhouse tetiba…so kena tempias le juga
bila2 free datang lagi ye….. kak jie masak , korang betulkan wifi kak jie
Muhamad Azman Ishak
02/10/2011 @ 4:55 pm
malam ni kita setting online ye. masa mai hari tu nak tanye dah kak jie.. but terbantut dengan tetamu kak jie. itu pon kami keluar masuk bilik pon dah rasa segan kemain sedara mara kak jie tengok. hhahaha… macam balik umah mak mertua masa bebaru kawin plak rasa masa tu. hahaha jadi perhatian umum kalau pengantin keluar masuk bilik. kah kah kah!
fazrol
02/10/2011 @ 2:02 am
Kalau bukan disebabkan gambar yang ko ambil…
tak adanya, aku boleh terlepas sampai ke Blog nie dari dulu lagi… he he he..
Muhamad Azman Ishak
02/10/2011 @ 1:11 pm
erk… plak dah. maaf bro. aku baru je blajar tembak menembak ni. depa cakap kene slalu prektis… baru bleh dapat hasil ok. tapi aku makin aku prektis.. aku rasa makin tak ok. hahaha… tah nape tah. nak kene pergi kursus gak cenggini.
mijie
01/10/2011 @ 11:33 pm
sampai hati ko man tak habis2 nak membahan aku, shialllll la lu..
tapikan nanti reader ko mesti menyampah sebab asyik tunjuk gambar pastu ko mengutuk aku, haha lepas tu aku buat entri aku puji ko pulak..last2 blog ko ngan blog aku kelaut nanti, tapi kan, tapikan ada aku kesah? haha
apa2 aku nak cakap satu lah, walaupun camera hang dah canggih dan lense yang hebat hang ada satu lagi yang aku jeles iaitu “prespektif”. seriusnya aku suka tengok gambar yang hang snap, sedap mata memandang, maksud aku komposisi, angle, dan orang kata let picture tell the story..
ok tak leh puji lebih2 nanti hang kembang pungkok…
Muhamad Azman Ishak
02/10/2011 @ 1:27 am
rilek la bro.. kkakaka… saje nak bakor hang tu… blog berhabuk. kalau tak buat cam ni… sampai sudah nko tanak update blog. biar jer bersarang. rugi duwhh…. beli kamera but simpan jer. tapi kalau bawak kehulu kehilir… tapi tak gunakan pon same gak rugi kan… better kita wujudkan persaingan sihat macam ni. so masing-masing nak improve skill sedia ada. kan sihat tuuu…
bab angel or perspektif… aku rasa aku kelaut habis. cube apa yang aku ingat… depa-depa yang otai ni cakap… sekali sekala… cube break-kan dari follow 3rd rules tu…
basically… untuk aku… aku rasa.. picture aku blom lagi tell the story. pasal tu karangan aku kelaut panjang bukan main. haha!
by the way aku tunggukan hang punye next artwork.
p/s: pungkuq aku… aku rasa dah lama dah kembang… since badan naik lepas kawen. bhahahaha! aaaasshhhhhadaaappppp lol~