Amirul dan Abah. Botol susu mesti tak tinggal.

Jadi sempena Hari Bapa tu, mama Amirul kata nak blanje pergi masuk Zoo Negara. Dulu masa mengandungkan Amirul, aruah mak mertua tak bagi kami masuk. Biasalah pantang larang orang tua kalau ibu mengandung ni, macam-macam yang dia pikirkan, takut terkenan la.. ape la.. Masa tu, kami ambil keputusan, duduk je kat luar. Sekarang Amirul pon dah besar, jadi rasanya elok jugak aku bawak Amirul untuk pendedahan awal dia.

Jarak Zoo Negara dengan kawasan perumahan aku tu, tak dek la jauh sangat, tapi jalan ke sana agak sesak pada tengah hari tadi. Aku pon naik heran sebab biasanya jalan Ulu Klang tu payah nak jem kalau hari Sabtu. Tapi sebab ade acara sukan ape tah kat sekolah berdekatan, jalan nak ke Zoo Negara jem tak hengat.

Hajat kat hati nak snap gambar sebaik mungkin kat Zoo. Tapi nampaknye tak kesampaian. Amirul macam biasa la… “making the spoiler mode”. Time nak berjalan… time tu la jugak dan-dan dia nak mengantuk nak susu la.. mengamuk nak tidok la. Pendek kata… spoillllll sampai la diupah dengan aiskrim Mat Kool.

Layan gambar tak berapa nak passion? Jom!

Melawat ke kandang rusa. Aku rasa sebenarnya kami sesat macam tadek panduan lawatan
Keluangman tengah tidok. Malam sat lagi nak keluar berjuang plak.
Amirul masa ni dah tak larat nak berjalan. Rilek sekejap minum susu.
Ni kandang seladang ke.. lembu ape pon aku tak tau dah.
Flamingo oren dan putih. Setiap flamingo ni, dah ade tagging kat kaki.
Flamingo sekawan. Boleh tahan banyak ekor jugak la,
Eh.. aku rasa ni family Nemo la.. Kak Jie mesti kene lepasan Nemo kat zoo nanti. hehehe
Ambik gambar zirafah dari jauh je. Tapi masalah jerebu buatkan gambar nampak kelabu
Kalau tadek gambar gajah... maka tak sah la lawatan ke Zoo Negara kan?
Ya... ini lagi satu haiwan wajib di tangkap kalau datang ke Zoo Negara, Harimau Malaya!
Harimau ni tengah bergurau senda dengan adik beradik dia.. hehe
Ni la gambar last.. anak zirafah.. dah rupa macam patung je. Elok je duduk diam-diam

 NOTA: Hari Khamis (Malam Jumaat) hari tu, Telekom Malaysia jemput pergi #PantheraNight. Demn.. aku kene lari setempat untuk dapatkan Galaxy Note. Tapi malangnya tak dapat.. hahaha.. kaki rasa membatu sampai hari ni. Mujur la dapat Panthera T-Shirt. Only at Telekom ye!