Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga tuhan memperkenankan apa yang anda doa untuk anda juga.  Amin!
Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga tuhan memperkenankan apa yang anda doa untuk anda juga. Amin! Ada yang tak sempat screenshot.. maap!!!

Semalam merupakan genap usia aku setahun lagi pada tahun ni. Makin meningkat lagi satu nombor. Dalam pada tu, ramai rakan-rakan di media sosial yang menyampaikan ucapan secara maya. Ok la kan.. terharu sangat-sangat.  Aku ucapkan ribuan malah jutaan terima kasih tak terhingga kepada yang sempat ucap… yang tak sempat ucap pon terima kasih jugak…

Sebenarnya banyak kali aku mengeluh untuk tulis artikel ni. Seperti biasa, sekarang ni, untuk aku… kalau aku nak bercerita hal ehwal peribadi, banyak sangat perkara yang aku dah filterkan dulu. Ada banyak perkara yang aku rasa tak perlu nak diceritakan kat umum. Semua agak remeh kerana tiada manafaat untuk di kongsi. Oleh itu, rasanya, tak perlu cerita.

Buat masa ni, aku masih lagi dalam mood hibernasi… kejap timbui dan kejap tenggelam. Sebabnya dalam masa ni jugak, aku terpaksa focus pada kerjaya aku sekarang. Tapi, dalam masa yang sama jugak aku cuba untuk menumpukan fokus aku kepada apa yang aku sudah usahakan selama ini iaitu AI MEDIA NETWORK.

Untuk menceritakan halatuju AI MEDIA NETWORK tu, tak perlu lagi. Sebabnya aku pentingkan penghasilan berbanding omong kosong. Jadi, bila kita masih tak buat apa-apa, maka tak perlu cerita apa perancangan kita. Buat dahulu, kemudian baru cerita… (kalau nak cerita sangat).

Dalam konteks HIBERNASI, hanya diri aku yang HIBERNASI… tapi untuk AI MEDIA NETWORK, masih beroperasi dan berbisa seperti biasa. Dan kadang-kala menyengat hahaha. Ok la.. merapu-rapu ucaptama sempeha besday semalam. Aku nak tulis blog semalam, tapi lepas makan pizza, terus otak tepu. Kemudian lepas balik kerja… rehat dan layan anak-anak. Terus tak da mood nak mengadap online.