Aku minat lukis, minat mewarna. Dari zaman sekolah lagi. Pada asalnya aku bukan reti melukis pon. Dan sebelum aku berpindah sekolah rendah kat Sungai Besar, aku memang tak pernah terfikir yang aku akan suka melukis satu hari nanti.
Sampai lah aku berpindah sekolah. Aku berkawan dengan anak cikgu. Dia sangat pandai melukis. Lukis komik sendiri. Aku jadi kagum dengan bakat dia. Kat sekolah aku tu ada dua tiga orang yang ada bakat melukis dari kecik. Termasuk aku yang tadek bakat, tapi berminat.
Kami berkawan baik.. Aku pon join group kartunis diaorang. Aku belajar melukis. Mencipta watak kartun sendiri. Tak kurang jugak ada yang aku tiru. Melukis kartun ni, tak seperti melukis potret. Kartun boleh jadi apa saja. Besar, kecik, lonjong, panjang, pendek… Apa saja! Tadek hal. Sebab ianya kartun. Tak perlu simetri atau exact match!
Hari ni hari Jumaat. Nkorang masih duduk depan pc ke? Udah-udah la tu. Moh ke mesjid!
Thanks,
Azman Ishak.
hanari
22/07/2014 @ 2:54 pm
Rupanya da bakat juga ya
Arman
09/06/2014 @ 5:20 pm
Masa Ting.3 guru lukisan aku kata ngan aku ‘tangan bau taik’ sebab tak pandai melukis he..he..he..
Azman Ishak
22/06/2014 @ 11:45 pm
hahaha… masa kat sekolah, sapa yang tangan kiri, itu akan diberi perhatian lebeh oleh cikgu pendidikan seni. hahaha. untong laa jadi orang kidal. ada gak cikgu yang sayang walaupon subjek lain melingkop kakaka
Hairul Azni
07/06/2014 @ 1:05 pm
Kalau minat yang mendalam, bakat takde pun boleh jadi pandai ye..
Tahniah bro..
Azman Ishak
22/06/2014 @ 11:47 pm
alhamdulillah, kebanyakkan dari skill yang saya ada sekarang ni, semua disebabkan minat dan bukan semula jadi memang naluri pandai… jauh sekali disebabkan genetik ehehehehe
akubiomed
06/06/2014 @ 10:29 pm
Zaman sekolah dahulu ada rakan yang mempunyai minat melukis komik sehingga buat buku. Buku rampaian kosong penuh dengan jalan cerita.