
Seperti yang mungkin kawan-kawan semua dah sedia maklum, hari Sabtu yang lepas, aku diberi peluang untuk buat “cover story” mengenai Majlis Menaik-taraf Stesen Bas Raub di Pahang. Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia sebab melantik aku dan jugak beberapa blogger yang lain selaku MEDIA untuk majlis pelancaran tersebut.
Untuk aku, ini adalah satu pengalaman yang baru, yang sangat beharga. Maklum la, sebelum ni bukan tak pernah dapat jemputan… ade la dapat, tapi bukan diluar kawasan. Kebanyakkan jemputan semua dalam area Lembah Kelang. Owh berbalik kepada cerita, dipendekkan cerita, perjalanan, penginapan dan juga makan semua ditanggung beres oleh Tourism Malaysia.

Sebenarnya tak berapa bercadang pon nak pergi, atas dasar 50/50. Maklum la, aku mana pernah tinggal Amirul dan mama dia untuk tugas luar kawasan macam ni. Itu pon sebab ajakan kak Kujie. Kalau tak kerana dia yang ajak, memang konfem la aku tak join. Lagikan pulak nak bermalam. Bertolak ke Hotel Jelai, Raub agak lewat berikutan kecelaruan yang berlaku semasa proses menunggu kenderaan di PWTC ekoran ade penutupan jalan. Tapi tak pe.. semuanya selamat 😀

Lepas selesai semuanya tiba di Hotel Jelai, semua dok pakat berehat. Masing-masing besok ade agenda sendiri untuk buat liputan berita dari segi sudut pandangan masing-masing. Lebih kurang ade 7 orang blogger yang datang. Ini termasuk aku, kak Kujie. Berkenal-kenalan sambil bertukar-tukar Kad Blogger. Tetibe aku tersenyum sorang-sorang, ini lah masa nak tayang kad yang aku tempah kat Moo.com tempoh hari kan.

Keesokkan harinya macam biasalah, lepas kami siap bersarap, kami dibawa melawat pekan Raub oleh salah seorang pegawai dari Torism Malaysia HQ, Puan Natasha. Dialah orang yang bertanggung jawab untuk semua pergerakan kami di sana. Terima kasih sekali lagi sebab uruskan hal kami dari A sampai ke Z.

Lebih kurang 10.45am, acara dimulakan dengan ketibaan YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, iaitu Menteri Pelancongan Malaysia. Walaupon sambutan yang dibuat agak sederhana, tapi apa yang dapat aku perhatikan masyarakat tempatan meraikan majlis dalam suasana yang amat meriah. Hasil usaha keras Kementerian Pelancongan Malaysia dalam menjadikan Bandar Raub, Pahang sebagai pusat EcoTorism Malaysia memang patut diberi pujian.
Antara beberapa agenda yang dibentangkan dan telahpun diluluskan untuk projek menaiktaraf Bandar Raub adalah sebanyak 18buah projek yang berjumlah RM11.7 juta ini termasuklah:-
- Menaiktaraf Kemudahan Stesen Bas Raub yang menelan kos sebanyak RM500,000 yang telahpun bermula 1 Julai 2012 yang lepas.
- Meroboh dan membina semula kaunter tiket, ruang menunggu bas dan juga tandas awam.
- Meroboh dan membina semula 8 unit baru gerai dan ruang terbuka untuk kiosk perniagaan.
- Menaiktaraf 4 unit kiosk dan tempat menunggu sedia ada.
- Menaiktaraf kawasan premis hentian bas Raub.
- Menaiktaraf ruang pejalan kaki.
- Menaiktaraf pencahayaan, dan;
- Menaiktaraf lankskap.

Ketibaan YB adalah kunjungan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan. Boleh lihat mereka memang amat meraikan YB dalam majlis ni. Dalam majlis ni, memang banyak agenda yang dibentangkan oleh YB untuk menjadikan Bandar Raub sebagai Pusat Pelancongan terkemuka di Malaysia. Dari aku bercerita panjang lebar, apa kata kita layan gambar??? Biar gambar yang bercerita segalanya.
Diingatkan… Episod Jalan-Jalan kali ni mempunyai banyak gambar :p




















 Nota: Pengalaman menjadi MEDIA untuk majlis macam ni adalah satu pengalaman yang berharga untuk aku. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Meskipun berat nak tinggalkan keluarga.
Nota2: Kepada sesiapa yang berminat untuk menaja aku sebagai wakil MEDIA, anda boleh berbuat demikian di alamat admin[at]azmanishak.com. Sekian 😀
04/01/2013 @ 4:49 pm
[…] NOTA: Untuk galeri penuh, sila klik pada pautan ini. […]
wazy
20/07/2012 @ 10:18 am
Saya telah membaca post ini.
20/07/2012 @ 10:17 am
Assalamualaikum…
Syok tu dapat melawat Taman Tasik Raub
18/07/2012 @ 6:16 pm
Salam Alaiyka.
Manyaknyerrrr gambar. Nak komen kan terjadi satu perenggan pulak. Haha. Apa-apa pun, skill hang semakin ohsem ahh. Memang cun gambar2.
Gambar tiga ada beg biru bunga-bunga, bilik siapaka itu?
Program nii yang Kak Jie pergi jugak ari tu ka?
17/07/2012 @ 11:46 pm
Gmbr yg agak spoil gambar 5 yg terakhir. Background out 😀
18/07/2012 @ 12:45 pm
hahaha gambar 5? background? heheh rasanya pasal saya nak wide. tunjukkan exspressi sidang media. memang background dia adalah penembatan tak membagun.
18/07/2012 @ 1:40 pm
majlis ini memang menaik taraf yang tak cantik, yang buruk kepada yang baruuu…itu simbolik dia kot
18/07/2012 @ 1:49 pm
mujur ade orang tukang bakap. hehehe.. tak reti dah nak habaq cam ne :p
Azwan Muhamad
17/07/2012 @ 11:45 pm
Saya telah membaca post ini.
zamfoto
17/07/2012 @ 3:49 pm
Saya telah membaca post ini.
17/07/2012 @ 10:34 am
nice camera shot 🙂
17/07/2012 @ 5:17 am
ooo event kerajaan pon dah panggil blogger ye sekarang untuk jadi media hohoho
18/07/2012 @ 12:46 pm
now you see.. rugi sape berenti jadi blogger. lulz~
18/07/2012 @ 1:41 pm
apa lagi….updatelah kencang-kencang…kan
tak yah bagi 6 sebab lagi..:P
17/07/2012 @ 12:16 am
seronok dapat candid dekat tempat macam ni..boleh tengok macam2 kerenah orang
18/07/2012 @ 12:46 pm
hahha.. itu la pasainye. layan je :p
16/07/2012 @ 10:54 pm
Kepala otak kita sama je heee. Aku pun sempat ambik gambo candid Kak JIe tengah bersungguh2 ambik gambo masa kat Pusat Servis Hyundai
18/07/2012 @ 12:46 pm
heheheh itu secara tak sengaja je tu. kebetulan kak jie lalu depan lense.
yanmie
16/07/2012 @ 1:46 pm
Saya telah membaca post ini.
16/07/2012 @ 1:45 pm
Salam,
Amboiiii layan lens baru nampak hahhahahaa
gambar last tu gambar makcik kakyan heheeee 😛
16/07/2012 @ 1:51 pm
wsalam.. hehehe, biasa la kak yan. bile lagi nak
mengetest lense baru kan. hehehe.. kasik perasap sikit
dengan kemenyan. hahaha
p/s: gambar last tu menjadi topik hangat :p
16/07/2012 @ 12:54 pm
[…] , maaflah dengan kualiti gambar sedang-sedang saja. Kalau nak tengok gambar cun melecun, Azman ada koleksi yang […]
16/07/2012 @ 11:54 am
gambar yang last tu terbaik dengan hand bag dkt bahu hehehe, tunggu dia upload dkt blog dia nanti la
16/07/2012 @ 1:03 pm
korang ni, kan…baik fokus kat gambar cantik2 yg lain tu…..macik over tu juga yg korang cari, kan
16/07/2012 @ 1:52 pm
bhahaha pecah perut.. semua orang tertarik dengan gambar last.
16/07/2012 @ 1:52 pm
bhahahah terbaek.. siap sangkut hendbeg gitu.. mane nak carik photografer camne… hanya di Rawang punye photografer hokey!
16/07/2012 @ 11:46 am
Meriah nampak Man,Kak Jie yg last tu kan he3…gambar pun cantik2 semua.
16/07/2012 @ 1:53 pm
memang meriah. lagi lagi perjalanan dan penginapan semua ditaja.
ps: yang last tu saya memang simpan khas haha
16/07/2012 @ 11:22 am
Gambar cantik2 sangat ..
gambar terakhir tu kak jie ke ? heheheee gaya sama dah baju je lain sikit
16/07/2012 @ 1:53 pm
betul la.. semua orang tertarik pada gambar last. hahaha
16/07/2012 @ 9:29 am
orang last tuuuu………..gaya aje lebih. sekeping gambar pun tak jadi..tak puas hati ni..kena turun berguru lagi. tapi bukan berguru time tengah ‘kerja’
16/07/2012 @ 1:54 pm
bile nak berguru lagi? kekeke.. nanti kene bawak pulut kuning sama dua puluh lima duet sebagai pengeras. hari tu tak putuih ubat.. pasal tu tak banyak dapat gambaq. haha
21/07/2012 @ 12:11 pm
Ramai yang tertarik nak komen gambar last.. 🙂
Affan Ruslan
16/07/2012 @ 8:55 am
Saya telah membaca post ini.