Bunting yang dipasang sekitar Bandar Raub, Pahang

Seperti yang mungkin kawan-kawan semua dah sedia maklum, hari Sabtu yang lepas, aku diberi peluang untuk buat “cover story” mengenai Majlis Menaik-taraf Stesen Bas Raub di Pahang. Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia sebab melantik aku dan jugak beberapa blogger yang lain selaku MEDIA untuk majlis pelancaran tersebut.

Untuk aku, ini adalah satu pengalaman yang baru, yang sangat beharga. Maklum la, sebelum ni bukan tak pernah dapat jemputan… ade la dapat, tapi bukan diluar kawasan. Kebanyakkan jemputan semua dalam area Lembah Kelang. Owh berbalik kepada cerita, dipendekkan cerita, perjalanan, penginapan dan juga makan semua ditanggung beres oleh Tourism Malaysia.

Hotel Jelai - Hotel budget yang lengkap dengan cafe dan jugak perkhidmatan wifi

Sebenarnya tak berapa bercadang pon nak pergi, atas dasar 50/50. Maklum la, aku mana pernah tinggal Amirul dan mama dia untuk tugas luar kawasan macam ni. Itu pon sebab ajakan kak Kujie. Kalau tak kerana dia yang ajak, memang konfem la aku tak join. Lagikan pulak nak bermalam. Bertolak ke Hotel Jelai, Raub agak lewat berikutan kecelaruan yang berlaku semasa proses menunggu kenderaan di PWTC ekoran ade penutupan jalan. Tapi tak pe.. semuanya selamat 😀

Ruang dalaman hotel yang kemas, dengan kemudahan sempurna termasuk wifi dan TV

Lepas selesai semuanya tiba di Hotel Jelai, semua dok pakat berehat. Masing-masing besok ade agenda sendiri untuk buat liputan berita dari segi sudut pandangan masing-masing. Lebih kurang ade 7 orang blogger yang datang. Ini termasuk aku, kak Kujie. Berkenal-kenalan sambil bertukar-tukar Kad Blogger. Tetibe aku  tersenyum sorang-sorang, ini lah masa nak tayang kad yang aku tempah kat Moo.com tempoh hari kan.

Ini lah dia Puan Natasha, pegawai Tourism Malaysia yang banyak membantu kami.

Keesokkan harinya macam biasalah, lepas kami siap bersarap, kami dibawa melawat pekan Raub oleh salah seorang pegawai dari Torism Malaysia HQ, Puan Natasha. Dialah orang yang bertanggung jawab untuk semua pergerakan kami di sana. Terima kasih sekali lagi sebab uruskan hal kami dari A sampai ke Z.

Ragam penari-penari Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang buat persiapan menyambut ketibaan YB

Lebih kurang 10.45am, acara dimulakan dengan ketibaan YB Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, iaitu Menteri Pelancongan Malaysia. Walaupon sambutan yang dibuat agak sederhana, tapi apa yang dapat aku perhatikan masyarakat tempatan meraikan majlis dalam suasana yang amat meriah. Hasil usaha keras Kementerian Pelancongan Malaysia dalam menjadikan Bandar Raub, Pahang sebagai pusat EcoTorism Malaysia memang patut diberi pujian.

Antara beberapa agenda yang dibentangkan dan telahpun diluluskan untuk projek menaiktaraf Bandar Raub adalah sebanyak 18buah projek yang berjumlah RM11.7 juta ini termasuklah:-

  • Menaiktaraf Kemudahan Stesen Bas Raub yang menelan kos sebanyak RM500,000 yang telahpun bermula 1 Julai 2012 yang lepas.
  • Meroboh dan membina semula kaunter tiket, ruang menunggu bas dan juga tandas awam.
  • Meroboh dan membina semula 8 unit baru gerai dan ruang terbuka untuk kiosk perniagaan.
  • Menaiktaraf 4 unit kiosk dan tempat menunggu sedia ada.
  • Menaiktaraf kawasan premis hentian bas Raub.
  • Menaiktaraf ruang pejalan kaki.
  • Menaiktaraf pencahayaan, dan;
  • Menaiktaraf lankskap.
Awak... ye awak yang sedang pegang kamera tu.. mari sini cepat. YB dah sampai la!

Ketibaan YB adalah kunjungan yang amat dinantikan oleh penduduk tempatan. Boleh lihat mereka memang amat meraikan YB dalam majlis ni. Dalam majlis ni, memang banyak agenda yang dibentangkan oleh YB untuk menjadikan Bandar Raub sebagai Pusat Pelancongan terkemuka di Malaysia. Dari aku bercerita panjang lebar, apa kata kita layan gambar??? Biar gambar yang bercerita segalanya.

Diingatkan… Episod Jalan-Jalan kali ni mempunyai banyak gambar :p

Ini sebelum majlis bermula. Kami dan Team Tourism Malaysia berkumpul bagi melihat suasana Bandar Raub
Antara aksi "candid" yang sempat aku rakamkan.
Rakan MEDIA yang bersama turun padang - Dzul, Founder TaknakGemuk.Com dan jugak Crew MOBTv.my
Aksi "candid" 02 - Ragam penari-penari yang sentiasa ceria walaupon panas terik.
Penduduk yang berbilang kaum turun bersama untuk memeriahkan majlis sambutan
Abang cameraman kita dari MEDIA MOBTv.My
YB. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen - Menteri Pelancongan Malaysia
Majlis diceriakan dengan Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia
Penari-penari yang sentiasa ceria dengan pakaian bewarna-warni...
Ucapan kata-kata aluan oleh YBhg. Dato' Hj. Ismail B. Hj. Mohd Ali - Yang Dipertua Majlis Daerah Raub
Ucapan yang penuh bersemangat dari Menteri Pelancongan Malaysia - YB. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen
Sejambak bunga sebagai tanda penghargaan.
Sesi penghargaan kepada Wakil Persatuan Teksi Raub
Menyampaikan sumbangan penghargaan kepada pengusaha teksi Raub.
Sesi bergambar untuk sidang media
Satu slot khas - Sesi soal jawab bersama sidang MEDIA dan Blogger.
Setiap soalan yang diajukan dijawab dengan penuh terperinci
Kami dibawa untuk melihat sekitar Taman Tasik Raub
Sebagai tanda kenangan yang aku pernah ke sini
Terakhir... jeng jeng jeng... siapakah dia?

 Nota: Pengalaman menjadi MEDIA untuk majlis macam ni adalah satu pengalaman yang berharga untuk aku. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Meskipun berat nak tinggalkan keluarga.

Nota2: Kepada sesiapa yang berminat untuk menaja aku sebagai wakil MEDIA, anda boleh berbuat demikian di alamat admin[at]azmanishak.com. Sekian 😀