
Nampaknya semakin lama, semakin banyak agensi yang mengiktiraf profession blogger ni. Cuma barangkali masih ada yang tak tahu macam mane nak optimumkan kontest-kontest sebegini sebagai alat penjenamaan blog masing-masing.
Ada juga antara rakan-rakan yang aku tengok masih lagi takut-takut nak turut serta. Barangkali masih beranggapan yang mereka masih baru, rasa macam tak layak dan sebagainya. Untuk aku, apa yang aku boleh pesan… ketepikan semua perkara di atas. Adat bertanding, mesti ada menang dan mesti ada kalah. Mengalah dulu sebelum bertanding memang tak dapat apa-apa. Lebih baik mencuba dari menyesal kemudian. Jelas? Faham? Anda dah rasa yakin dengan kata-kata itu?

Jadi oleh itu, mari bersama-sama saya sertai sesi pencalonan Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award 2013. Cara mendaftarnya amat mudah kerana laman web ini menyediakan perkhidmatan log-masuk menggunakan akaun Facebook. Jadi anda tidak perlu lagi mengisi segala borang. Sebaliknya, data peribadi anda boleh dikemas-kini setelah selesai proses pendaftaran automatik.
Jom la join sekali.. ape ada hal. Tak perlu nak fikir-fikir lagi. Cuba dulu.. kalah atau menang, belakang kira. Janji… nama website/blog kita dah duduk dan diindex kat laman web Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award. Ok!
ohcikgu
20/02/2013 @ 2:07 am
Saya telah membaca post ini.
20/02/2013 @ 2:07 am
ohh..sudah terlepas rupanya..
13/02/2013 @ 9:25 pm
[…] Conference & Awards 2013 (MITBCA) ni? Kerana termakan hasutan selepas membaca entri di Blog Azman Ishak, aku pun dengan selamba register dengan MITBCA dan mencalon kan blog aku sendiri dalam kategori […]
13/02/2013 @ 3:59 pm
Good luck!..
sebab entri ni & entri DH baru tau ada event ni dan dengan segan silunya, saja je juga daftarkan diri untuk food punye… hohoho
Tak sedar diri yang dah few days tak update blog..haishhh
Good luck ye 🙂
12/02/2013 @ 5:06 pm
hoho..susah nak pilih kategori nih..
12/02/2013 @ 10:02 am
[…] ni tak ada kawan nak sokong. Pendaftaran yang dibuka pada 18/1 akan tamat pada 13/2/13. Baca entri INI pasti anda akan tahu kenapa perlu join MITBCA […]
12/02/2013 @ 9:49 am
Sebuah kans untuk penjenamaan blog.
12/02/2013 @ 9:11 am
[…] ni tak ada kawan nak sokong. Pendaftaran yang dibuka pada 18/1 akan tamat pada 13/2/13. Baca entri INI pasti anda akan tahu kenapa perlu join MITBCA […]
11/02/2013 @ 4:36 pm
rasa macam malas nak masuk apa2 la pula.. ni payah blogger yang ada mood ribut taupan mcm sy ni ..
semoga ai berjaya 🙂
12/02/2013 @ 1:43 am
alahhh jangan la macam tu.. acik jie pon masuk same tahu. keh keh keh. moh le kita penuhkan pentas juara akhir nanti. kah kah kah.
06/02/2013 @ 9:03 pm
selamat bertanding bro..semoga berjaya..kategori superbike tak ada ke??tak boleh try la macam ni..
12/02/2013 @ 2:26 am
kah kah kah… tetibe aku pergi gak ngusha kot kot kalau ade. lol. tapi malangnye tadek.
05/02/2013 @ 5:32 pm
Sepertinya akan banyak sahabat-sahabat blogger Malaysia yang akan bergabung dalam kontes ini
12/02/2013 @ 2:27 am
kontest ini adalah anjuran badan kerajaan. masih ada jugak blogger yang bertanding. tapi tak semeriah pertandingan yang dianjurkan oleh NGO. itu boleh mendapat sambutan yang hangat berbanding agensi kerajaan.
05/02/2013 @ 1:31 pm
Orang sekarang maleh dah nak pecahkan ruyung,beli sagu kat kedai jer hehehehe…maka tak dapatlah pengalaman yg berharga.
05/02/2013 @ 2:02 pm
hahaah semua nak beli.. jadi ilmu nak “memecah ruyung” sampai ke sudah la tak tau. yang menjual terus menjual.. yang membeli terus membeli.. kesinambungan ilmu terhenti disini. lol~
05/02/2013 @ 1:29 pm
nak join kategori apa?
rojak sgt blog tu…
12/02/2013 @ 2:29 am
kategori blog rojak of the year. nanti AI Media buat kontest baru plak. kontest lama sebab tadek adiah ipong.. orang tanak join. kah kah kah.
p.s : sungguh mata duitan tahuuuu!!!
05/02/2013 @ 11:58 am
rasa mcm nak join juga. tp blog tak tau nak masukkan dlm ketegori mana. huhuhu
12/02/2013 @ 2:30 am
kasik antam je bro kategori mane pon. biasanya blog peribadi ni.. banyak sangat kategori yang dia boleh mencelah. cume leceynye sistem voting dia cam hampeh.. sekali vote je. bapak la kedekut.