Haram… tadi tertekan button [Enter] masa taip tajuk. Tak pasal-pasal entri terus nak publish. Mujur sempat tekan ESCAPE. Itu menunjukkan betapa pantasnye jari jemari menjadi pelaq kalau hati melonjak-lonjak nak update blog. Kan dah kantoi. Kembali sejenak selepas pulih dari kaver kemaluan sebentar tadi… refer tajuk? Erk.. ini projek usaha sama dengan rakan setugas yang menelan masa hampir setahun.

Projek ni bertujuan untukย  meng-arkib-kan semua Harta IT supaya boleh di-audit dengan cara yang sistematik dan tersusun. Boleh dikatakan.. semua code adalah dari PHP, lepas tu JavaScript skit-skit… then ade jugak la rojak dengan jQuery dan ade jugak CSS. Kami yang baru jer jadi progremmer terjun (bidan terjun) dalam PHP & MySQL progremming ni… Bagi aku, aku rasa puas hati dengan projek ni. Meskipon cikai, tapi ini lah projek pertama selepas aku kenal dan tau macam mana nak main dengan PHP.

Gile cakap kauuu.. ketagih main PHP ni lagi syok dari aku main mIRC Script dulu. Kalau mirc script… dia handle by individu… kalau PHP of course server side Progremming Language. Tapi aku heran sesetengah Employee yang nak amik pekerja… depa cakap PHP bukan Progremming Language. Dia web language… (PFFTTTTT…. carut banyak-banyak). Kalau kau tak tau… better kau jangan banyak bunyik sialll

Secara amnya work-flow pasal projek ni datangnya dari member aku. Dia yang selama ni buat semua flow cuma dalam Microsoft Excel. Aku pada masa tu.. baru sangat kerja dengan tempat yang sekarang ni. Jadi aku tanye dia:- ” kenapa tak buat online jer? Kan senang… duduk mane-mane pon boleh Audit Komputer!!” Termanggu dengan persoalan aku.. dia terus tanye aku boleh ke tolong dia buat mende ni.

Erk… aku jujur aku cakap.. aku baru jer dalam dunia PHP Progremming. Dia pulak declare, dia satu habuk tak tau. Ok fine.. kalau macam tu.. kita sama-sama belajar. Tak rugi kot. Lepas tu, dari hari-kehari kiteorang buat penambah baikan untuk projek ni. Sampai lah sekarang.. aku dah boleh tengok jadual kekerapan sesebuah komputer dikemaskini oleh System Administrator, sama ada oleh aku, ataupon oleh rakan aku.

Projek ni untuk tugas design… member aku yang rajin buat. Dia punye idea design.. memang aku salute gak la.. pasal dia sangat primitif dengan angel-angel halus dalam website. Manakala aku pulak tugas sebagai full owner of coding. Coding flow yang macam gampang tu semua dari aku bhahahaha…. But sikit-sikit aku improvekan selari dengan kefahaman aku tentang PHP pada masa ni.

Bila aku tengok hasil yang aku dapat dari projek ni.. memang sangat berguna untuk kerjaya aku sebagai seorang Systems Admin. Tapi aplikasi ni aku tak buat software injection macam sesetengah software yang ade dipasaran sekarang. Sebabnya.. itu akan menjadikan aku malas untuk memantau komputer yang ada kat bawah naungan aku.

Aku tau.. dah banyak software macam yang aku buat ni dalam internet… tapi kepuasan yang aku dapat… lebih dari sekadar tau menggunakan software orang lain. Kire proud la sebab aku owner of the codes. Gilerrr mung… ingat senang. Sampai empat lima pagi tak tidok sebab study pasal mende alah yang tak pernah aku terpikir nak belajar satu ketika dulu iaitu menatang PHP ni.

Merungut pasal soal bayaran Projek Mega 1.8Mil. Hurm… aku rasa masih tak berbaloi… jika…. jika… security macam celaka atau level tahap macam pengalaman aku. Tapi kalau dah diiktiraf sebagai secure site…. Kire agak berbaloi la harga tu. Sebabnya memang nak buat system core akan menelan masa dan belanja. Hire atas hire… sub atas sub… pasal tu jadi harga berlipat kali ganda.

Nota: Ape motif aku merepek pagi ni? Cuma nak ucapkan terima kasih pada Saudara Eizil, Mr. Kay, Lomo_Tech dan lain lain yang selalu bantu aku kalau aku tak paham pasal progremming.