Sila jangan tanya aku kenapa tangan kat dagu. Mungkin desebabkan profile picture ni kot yang membuatkan Lisa Surihani mintak bisness card aku. kekekeke... - Jangan marah Lisa. You are so sporting!
Sila jangan tanya aku kenapa tangan kat dagu. Mungkin desebabkan profile picture ni kot yang membuatkan Lisa Surihani mintak bisness card aku. kekekeke… – Jangan marah Lisa. You are so sporting!

AMARAN: ENTRI INI SANGAT BANYAK GAMBARNYA :p

Alhamdulillah, akhirnya segala teka-teki yang bermain difikiran pasal pemenang untuk Malaysia Social Media Week 2013 atau dengan nama ringkasnya #MSMW2012 dah pun terjawab semalam. Blog ini telah dinobatkan sebagai Favourite Photography Blog. Sebenarnya aku sangat “speecless” nak ungkapkan perasaan aku pada malam tadi. Untuk pertama kalinya naik ke pentas menerima trofi penganugerahan, sekaligus Insyaallah bakal merubah sesuatu di masa hadapan. Amin.

Sebanyak 20 kategori dipertandingkan dan satu pemenang telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur MSMW2013. Sistem undian pada kali ini lebih lebih sistematik dan juga ciri-ciri tahap keselamatan dipertingkatkan untuk undian di dalam talian. Aku difahamkan yang 80% daripada keputusan dalam pemilihan pemenang adalah datagnya dari jumlah “vote” dan selebihnya 20% daripada panel juri bertauliah.

Dalam masa yang sama, aku ucapkan syabas kepada Tuan Shahul Hameed Shaik Dawood selaku Pengasas dan Presiden Social Media Chambers (SMC)  atas kejayaan MSMW2013 pada tahun ni, sekaligus memartabatkan arena blog Malaysia ke peringkat dunia. Memang banyak beza jika nak dibandingkan dengan sebelum ni. Waktu naik ke pentas, aku rasa dah macam RETIS yang ambik award kat RED CARPET. Memang high class pengiktirafan untuk blogger pada malam tadi.

Tak lupe senarai-senarai pemenang. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang berdasarkan kategori masing masing. Kredit kepada BroFramestone selaku Official Blogger untuk Majlis MSMW2013 pada kali ni.

  1. Fav Auto Blog – arenakereta.com
  2. Fav Business Blog – abangensem.com
  3. Fav Campaign on Social Media – (Burger King Malaysia) fb.com/bkmalaysia
  4. Fav Celebrity Blog – zarulumbrella.com
  5. Fav CSR Blog – kucing.my
  6. Fav Educational Blog – ohcikgu.com
  7. Fav Foodie Blog – placesandfoods.com
  8. Fav Gadget Blog – amanz.my
  9. Fav Gosip Blog – beautifulnara.com
  10. Fav Innovative Blog – ariffshah.com
  11. Fav Most Creative Blog – denaihati.com
  12. Fav Lifestyle Blog – akmaomar.com
  13. Fav Micro Blog – hafizrahim.com 
  14. Fav Music & Entertainment Blog – suarapeople.com
  15. Fav Photography Blog – azmanishak.com
  16. Fav Political Blog http://stephendoss.blogspot.com
  17. Fav Shopping Blog kznabihah.com 
  18. Fav Social Media Brand fb.com/sabahmalaysiaborneo
  19. Fav Sports Blog legendnetball.com 
  20. Fav Travel Blog faizalfedley.com 
  21. Fav Social Media Celebrity of the Year – Lisa Surihani

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga dekat kawan-kawan yang banyak bagi sokongan moral dan undian. Ucapan teristimewa kepada rakan-rakan dari Group DenaiHati Network dibawah naungan Tuan Hj. Amir Hassan atau lebih mesra dengan nama samaran DenaiHati. Kalau la tak kerana sokongan rakan-rakan semua, blog ni tak mungkin menang untuk kategori tu.

Sebelum aku meleret speech mengalahkan #RETIS  terima award RED KARPET, apa kata layan gambar jom. Hasil bidikan aku dan Ikram Baharum. Sempat jugak dalam masa makan-makan dinner kat MSMW2013 tu, dia belajar main setting kamera. TERBAEK~ Ada juga gambar yang aku pinjam dari rakan blogger yang lain. Terima kasih. Jom layanzzz~

Owh sebelum tu… kepada rakan-rakan yang nak baca temuramah ekslussive BloggerProfile.NET boleh terjah sekarang. Laporan penuh Temuramah Ekslusive Pemenang Majlis Anugerah MSMW2013 dah siap dilepaskan.

Sekali tengok, macam Red Carpet for Blogger kan? High class betoi event ni.
Sekali tengok, macam Red Carpet for Blogger kan? High class betoi event ni.
Antara senarai penaja-penaja Malasysia Social Media Week 2013
Antara senarai penaja-penaja Malasysia Social Media Week 2013
Gambar-Gambar-Malaysia-Social-Media-Week-2013-tuan-shahul
President dan Founcer SMC, Tuan Shahul
Makan malam yang tersedia dan dihidangkan kepada meja VIP.
Makan malam yang tersedia dan dihidangkan kepada meja VIP.
Acara selingan sebelum penyerahan Award. Heran, masa sebelum ni ade kumpulan band main muzik, sorang pon tanak tangkap gambaq. Kan??
Acara selingan masa makan sebelum penyerahan Award. Heran, masa sebelum ni ade kumpulan band main muzik, sorang pon tanak tangkap gambaq. Kan??
Waktu tengah makan sambil tengok depa berjoget, tetibe Tuan DenaiHati tanye aku: "Ini.... original ke tulin?" - kah kah kah
Waktu tengah makan sambil tengok depa berjoget, tetibe Tuan DenaiHati tanye aku: “Ini…. original ke tulin?” – kah kah kah
Ikhwan Nazri selaku CEO Amanz MEDIA Sdn. Bhd. Pemenang Favourite Gadget Blog
Dan… pemenangnya… Ikhwan Nazri selaku CEO Amanz MEDIA Sdn. Bhd. Pemenang Favourite Gadget Blog
Alhamdulillah... tahun sudah, aku cuma tengok orang lain naik atas pentas.
Alhamdulillah… tahun yang lepas, aku cuma tengok orang lain naik atas pentas.
Lisa Surihani telah dinobatkan sebagai Social Media Celebrity of The Year
Lisa Surihani telah dinobatkan sebagai Social Media Celebrity of The Year
Anarm.NET - Ni mesti kes Tuan DenaiHati suruh post kat Instagram la ni... hahaha. Carik setting tak jumpe :p
Anarm.NET – Ni mesti kes Tuan DenaiHati suruh post kat Instagram la ni… hahaha. Carik setting tak jumpe :p
Udah-udah la tu Anarm.. macam nak tembus screen henpon tu hang tenung. ahahahaha
Udah-udah la tu Anarm.. macam nak tembus screen henpon tu hang tenung. ahahahaha
Sekali kene terjah dengan Wartawan ProfileBlogger.Net
Sekali kene terjah dengan Wartawan aka CEO aka Founder of BloggerProfile.NET
Saya dan Abang Zarul Umbrella - Ini adalah shot terbaek dari Ikram Baharum yang baru saja belajar Manual Mode tak sampai sejam. RESPEK!
Saya dan Abang Zarul Umbrella – Ini adalah shot terbaek dari Ikram Baharum yang baru saja belajar Manual Mode tak sampai sejam. RESPEK!
Antara rakan-rakan yang berjaya menggondol award dibawah Group DenaiHati Network
Antara rakan-rakan yang berjaya menggondol award dibawah Group DenaiHati Network
Pemenang kategori Most Creative Blog - Tuan DenaiHati aka Amir Hassan
Pemenang kategori Most Creative Blog – Tuan DenaiHati aka Amir Hassan
Ariff Shah yang menjuarai kategori Favoirite Innovative Blog
Ariff Shah yang menjuarai kategori Favoirite Innovative Blog
Abang Zarul Umbrella pulak menggondol anugerah Favoirite Celebrity Blog
Abang Zarul Umbrella pulak menggondol anugerah Favoirite Celebrity Blog
Hasil sokongan rakan-rakan semua, hasil pencapaian dan kayu ukur diri, hasil sokongan moral isteri dan anak-anak.
Hasil sokongan rakan-rakan semua, hasil pencapaian dan kayu ukur diri, hasil sokongan moral isteri dan anak-anak.

NOTA: Jutaan terima kasih dan salam peluk cium untuk anak dan isteri, Sebab atas dorongan dan sokongan mereka aku berjaya setapak kehadapan lagi. I love you darling. muuuaahhhh…