Photoscape adalah perisian editing yang paling saya gemari.
Photoscape adalah perisian editing yang paling saya gemari.

Perhatian: Tutorial ini hanya kepada mereka yang mencarik dan yang memerlukan sahaja. Kepada yang dah terer, catatan ini bukan untuk anda.

Salam ceria dan salam hormat. Lama bebenor tak update blog. Seperti biasa, kalau tadek idea atau kalau terlampau bz, aku cuma biarkan je blog ni bersawang. Tapi bila sekali aku workup, aku pastikan hasil dia agak memberi manfaat la kepada yang membaca. Ada juga catatan merapu. Kalau yang itu, sila abaikan monolog aku dalam termanggu.

Berbalik kepada tajuk, malam ni aku nak kongsi sikit macam mana nak buat “tetanda-ayor” aka Watermark secara pukal dengan menggunakan perisian Photoscape. Sebelum tu, muat turun dulu perisian Photoscape ni. Kalau tak, nanti satu hape pon tak paham.

Sila ikut arahan bernombor di bawah ini.
Sila ikut arahan bernombor di bawah ini.
  1. Selepas dah muat turun dan dah install, sekarang terus sahaja pergi ke bahagian “Batch Editor”
  2. Seterusnya, pilih lokasi/folder yang mengandungi kumpulan gambar yang hendak di letakkan watermark.
  3. Pilih gambar yang dikehendaki.
  4. Klik-dan-seret gambar tersebut ke dalam lokasi yang ditandakan pada nombor 4 dalam gambar di atas.
Kat bahagian sebelah ni, banyak option untuk "batch processing"
Kat bahagian sebelah ni, banyak option untuk “batch processing”

Sekarang ni, semua gambar anda tadi, anda boleh tetapkan secara pukal (batch):

  • Saiz (tinggi dan lebar)
  • Letakkan watermark
  • Framing
  • Contrast, Colour Balance, Batch Enhancement dan macam-macam lagi.
Dah pilih yang mane nak pakai watermark, so boleh adjust posisi kat mane nak letak secara pukal.
Dah pilih yang mane nak pakai watermark, so boleh adjust posisi kat mane nak letak secara pukal.

Kemudian, untuk masukkan “tetanda-air” secara pukal/batch, klik pada tab “Batch”:

  1. Daripada senarai satu sampai empat lokasi photo anda boleh pilih mana-mana yang anda nak pakai.
  2. Anda boleh menggunakan sehingga 4 “tetanda-air” sekali gus.
  3. Seterusnya pilih “Photo” – sila carik lokasi yang anda simpan “tetanda-air” anda
  4. Ubah kedudukan, ianya akan diselaraskan untuk semua gambar selari gus.
  5. Klik pada “Convert all” untuk convert semua sekali pada tetapan yang telah kita buat kat atas.
Untuk lebih gambar lebih mesra SEO, gunakan tetapan kedua.
Untuk lebih gambar lebih mesra SEO, gunakan tetapan kedua “Save as new name”.

Akhir sekali, simpan gambar yang kita dah edit. Sejurus lepas anda tekan “Convert All” – paparan di atas akan dipaparkan.

  1. Buat folder baru yang bernama “output” untuk memudahkan tugas kita mencarik gambar yang dah siap nanti.
  2. “Naming file” tu, boleh pilih pada pilihan ke dua. Kita bebas menamakan kesemua gambar tu dengan nama-nama yang lebih SEO yang berkait rapat dengan entri kita.
  3. Seterusnya, simpan…

Dah siap…. selamat mencuba.

NOTA: Pada minggu ini, Insyaallah, akan keluar untuk Away From Keyboard. Keluar meluangkan masa bersama keluarga. Dah lama teringin. Erm.. andaila kalau time ni dapat sponser…. atau percutian ditaja.. hehehe kan best! Sapa nak taja? Boleh contact saya untuk review: admin[a]azmanishak.com