Salam ceria dan salam mesra kawan-kawan. Rasanya ada yang sudah tahu bahawa kini saya juga sudah mepunyai blog Aggregator sendiri. Blog ini merupakan blog himpunan RSS kawan-kawan saya di mana blog yang paling saya kerap lawati. Namun begitu, ini tidak bermakna sekiranya blog anda tidak tersenarai, langsung tidak saya kunjungi. Blog ini menempatkan beberapa kategori kriteria yang sering saya suka. Blog yang saya maksudkan boleh capai di alamat http://azmanishak.com/ping

Saya gunakakan template yang seminima mungkin supaya kadar capaian ke blog ini menjadi cepat. Tapi malangnya masih jugak berat. Ini mungkin kerana iklan semak samun yang terpasang. Pssstt… saya pasang iklan sebab suka tengok animasi yang gerak-gerak.. hehehe…

Saya cerita sikitlah secara ringkas tentang blog ni. Konteks ini diambil dari PENAFIAN (disclaimer) blog tersebut. Harap anda faham akan tugas sebenar blog ini. Ianya bukan untuk mencuri kontent/catatan anda. Ianya adalah blog sumber berita kepada saya untuk sentiasa saling berhubung dengan blog rakan-rakan yang lain. Ringkaskan cerita, saya menggunakan tajuk dan permalink dari blog asal secara terus. Dibawah adalah petikan dari PENAFIAN.


Penafian Blog Kaki Komplen Aggregator News

Salam Sejahtera semua. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah bukan untuk mencuri mana-mana artikel dari blog anda. Blog ini sebenarnya berfungsi sebagai PING Blog. Tiada curi-mencuri berlaku di sini kerana ianya adalah senarai blog kegemaran yang saya sering lawati. Di sini anda tidak akan dapat artikel penuh sebaliknya saya telah rumuskan menjadi dalam bentuk catatan ringkas. Tiada komen boleh dilakukan di sini.

Kelebihan yang ada:

1. Blog anda tidak dicuri
2. Anda mendapat pingback
3. Tajuk artikel akan di Tweet
4. Tweet akan dibawa ke blog anda
5. Catatan penuh juga terus ke blog anda
6. Blog ini adalah seperti cermin-cermin blog anda

Sekiranya anda kurang selesa dengan keadaan ini, sila hantarkan email kepada saya di adminATazmanishak.com. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan berita blog ini dari akaun Twitter:- KakiKomplen

Sekian Harap Maklum & Terima Kasih Malaysia!

Saya harap dengan penjelasan ini dapat merungkaikan rasa ketidakpuasan hati sebab mungkin ada yang beranggapan saya mencuri artikel anda dan mengaut profit daripadanya. Anda tidak akan jumpa satu artikel pon dalam blog ini yang akan membawa anda kepada permalink dalam blog tersebut. Sebaliknya semua link akan diberikan semula kepada pemilik blog asal.

Nota: Sudah banyak saya pelajari… tapi rasa semakin banyak lagi yang belum saya korek dan terokai. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengajar dan berkongsi pendapat.

Nota2: Untuk menjadikan blog ini PING secara automatik catatan rakan-rakan penulis blog yang saya langgani, saya perlu mengubah PERMALINK kepada blog Aggregator tersebut. Saya tidak pasti rakan-rakan tersebut bersetuju atau tidak. Kalau mereka bersetuju boleh beri pendapat di sini. Saya akan sediakan fungi auto redirect ke page anda setelah catatan tersebut dilawat dalam beberapa saat.

Nota3: Sekiranya mereka (penulis terlibat) bersetuju, maka terdapat sedikit rombakan dalam PENAFIAN akan berlaku. Harap maklum.