Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Celcom Malaysia sekali lagi melancarkan promosi terbaru mereka iaitu Celcom BlackBerry Curve 9320 baru-baru ini yang bertempat di Pavillion, Kuala Lumpur. Celcom BlackBerry Curve 9320 ini merupakan keluaran terbaru dalam siri keluarannya. Salah satu telefon pintar yang menjadikan anda lebih rapat dengan rakan-rakan mahupun keluarga.

Beberapa perkara penambahbaikan telah dilakukan terhadap ciri-ciri yang sedia ada, ini termasuklah butang khas (dedicated button) yang digunakan sebagai capaian pantas (easy access) untuk fungsi BBM. Pengguna tidak perlu lagi tercari-cari menu untuk menggunakan BBM.

Selain daripada itu, beberapa ciri-ciri utama Celcom BlackBerry Curve 9320 adalah seperti:-

  • Menggunakan Sistem Operasi BlackBerry® 7.1
  • Kebolehan capaian internet 3G/HSDPA
  • Kamera 3.2mp
  • Sistem GPS terbina dalam.
  • Sambungan WiFi
  • Butang khas BBM
  • dan banyak lagi yang boleh anda semak di sini
Antara pakej yang ditawarkan oleh Celcom bagi BlackBerry Curve 9320

Nikmati kadar pembelian Celcom BlackBerry Curve 9320 pada harga serendah RM388.00 dengan pakej BlackBerry Pro (5GB) tertakluk kepada terma & syarat. Dan, untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari:- http://www.celcom.com.my/smartphones

Di bawah adalah sedikit sedutan semasa sesi pelancaran Celcom Blackberry Curve 9320 baru-baru ini. Bertempat di Celcom Blue Cube, Pavillion Kuala Lumpur. Dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang rata-rata adalah peminat telefon pintar jenama BlackBerry.

Ramai yang datang seawal pagi untuk menjadi 100 pembeli yang pertama
Penuh dan padat sehingga ke kaunter pendaftaran.
Abang Nara founder BeautifulNara.Com yang turut hadir untuk mencuba sendiri Celcom BlackBerry Curve 9320
Meskipun ramai, tapi keadaan memang terkawal.
Hanya untuk 100 terawal dapat membeli pada harga RM118* pada hari pelancaran tersebut.

Nota: Terima kasih kepada pihak penaja yang menjembut aku selaku media pelancaran. Kepada yang berminat untuk membuat cover promosi, sila emailkan kepada admin[at]azmanishak.com beserta butiran yang lengkap ya 😀