Gambar ni dari tempat letak kereta staff PPUM
Gambar ni dari tempat letak kereta staff PPUM

Nampaknya tahun ni sekali lagi, aku dan anak-anak akan berkampung di PPUM. Cik Adik ku sayang pada tahun ni akan bertugas shift. Tiada lagi office hour. OMG… letih la jugak. Tapi nak buat macam mana? Dah tanggung jawab kan. Wajib dilaksanakan.

Sepetang di PPUM, lepas aku abis kerja, aku akan ambik Amirul Amin dan Amirul Azhar di taska yang dekat je dengan tempat kerja aku kat Sungai Buloh tu. Kemudian, kalau Cik Adik ku sayang, kerja petang… maka aku pon kene drive pulak meredah JEM menghala ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tunggu kat sana sampai Cik Adik habis kerja dalam pukui 9.00 malam.

Biasanya, lepas Cik Adik abis kerja pukui 9.00 malam, tapi sebab nak siapkan report la… tutup pejabat la… bok bek.. bok bek… sampai kui 9.30malam baru nak punchkad. Lepas tu, kembali memandu. Sampai la kerumah dalam pukui 10.00 malam. Lewat banget. Dengan anak kecik. Apa boleh buat… kami keluar mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Macam ni la rutinnye.

NOTA: Hari ni baru invest asset untuk AI MEDIA NETWORK berupa Lens Samyang 14mm f2.8. Result dia…. FFFFffffuuuuu… SUPERB!