Semalam semasa aku mencari-cari idea untuk sesi latihan fotografi, aku ternampak satu artwork yang pada perkiraan aku sangat kemas hasilnya. Idea asal teknik shadow macam ni adalah dari Rakan Facebook Human Interest Group iaitu saudara Mohd Zaki. Kagum plak aku tengok hasil potret Pak Naim yang dia hasilkan. Jadi malam tadi aku bodek lah anak […]
Semalam semasa aku mencari-cari idea untuk sesi latihan fotografi, aku ternampak satu artwork yang pada perkiraan aku sangat kemas hasilnya. Idea asal teknik shadow macam ni adalah dari Rakan Facebook Human Interest Group iaitu saudara Mohd Zaki.
Arr… yang ini pulak, Amirul Amin. Oleh aku sendiri. – EXIF: Shutter – 1/125sec | Aperture – f5.6 | ISO – 400 | Flash – Fired
Kagum plak aku tengok hasil potret Pak Naim yang dia hasilkan. Jadi malam tadi aku bodek lah anak bujang aku si Amirul Amin… Jadi model abahnye. Kepada kawan-kawan yang nak belajar teknik sebegini ada caranya. Aku tak pandai nak bercerita, tapi kalau nkorang nak belajar, sekali lagi aku sarankan supaya berguru dengan cikgu Arif Kaser. Sila hubungi beliau di Facebook ye.
Model baru pertama kali masuk set… jadi nkorang tak payah nak jadi juri hakim model plak :p
Ohhh ya.. hampir aku terlupa.. yang ini pulak adalah ole-ole dari latihan aku pada minggu lepas. Talent bernama Syadia. Ini first time aku setup scenes sendiri. Banyak perkara yang aku dan CREW AI MEDIAbelajar. Terutama macam mana nak baca arah cahaya… background, model… macam-macam ar. Tak mudah sebenarnya.. Tapi pada aku ia satu pelajaran yang menyeronokkan.
Terlebih dahulu ingin aku jelaskan (tengok gambar pon bleh tahu) bahawa ini bukan dari idea aku. Sebenarnya aku amat teruja dengan projek yang dicadangkan oleh Mohd Ismail dalam blognya baru-baru ini berkaitan dengan Twitter dan Sambutan Hari Merdeka. Oleh yang demikian aku mencadangkan Projek ini diberi nama Twitter Merdeka sempena…
Kita semua sedia maklum, kegairahan dalam bidang fotografi ni merangkumi pelbagai aspek. Dari segi penggunaan kamera, lensa, perisian suntingan dan macam-macam lagi yang digunakan oleh seorang jurufoto agar hasil karya mereka kelihatan seperti yang diinginkan. Terdapat perbagai aplikasi ataupun perisian yang digunakan untuk memudahkan tugas-tugas suntingan sama ada percuma mahupun…
Aku ni kalau nak bercerita pasal fotografi ni, sebenarnya aku cukup seriau. Ye lah kan, manakan tidak... sekarang semua maklumat di hujung jari. Kalau kau salah bagi fakta, sah sah kene tembak dengan orang lain. Walaupon orang tu tak mahir dalam sesatu bidang. Tak sampai seminit, dia boleh jadi pakar…
13/08/2015 @ 2:36 pm
boleh tahan modelnya…guna retina dan kanta mata..simpan di memori otak hahaha
18/03/2015 @ 3:02 pm
Bagus-bagus gambarnya
24/11/2014 @ 11:47 pm
gambar bawah sekali paling cun…renungan yang menggoda…wow !
15/11/2014 @ 4:52 pm
Blogwalking sambil baca entri. 🙂
Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur
06/11/2014 @ 7:58 pm
Memang lawa gambarnya.berseni gitu.AA mmg fail bab2 Amek gambar. Snap.pakai phone pon tak jadi
02/11/2014 @ 6:13 pm
Cantik gambar dia.yang kecil pun pandai main ekpresi muka.
31/10/2014 @ 1:04 am
Model si kecil ada minta payment tak? 🙂
31/10/2014 @ 11:20 pm
mujur tak mintak.. tapi lepas dua shot.. dah tak nak dah. aduiii
30/10/2014 @ 11:25 pm
wow.. untung ada talent yang cun..
30/10/2014 @ 11:26 pm
talent yang mane satu tu encik mus? hahaha yang gambar nombor 3 tu.. jangan usik ye.. keh keh keh