Pak Naim - Oleh Saudara Mohd Zaki
Pak Naim – Oleh Saudara Mohd Zaki

Semalam semasa aku mencari-cari idea untuk sesi latihan fotografi, aku ternampak satu artwork yang pada perkiraan aku sangat kemas hasilnya. Idea asal teknik shadow macam ni adalah dari Rakan Facebook Human Interest Group iaitu saudara Mohd Zaki.

Arr... yang ini pulak, Amirul Amin. Oleh aku sendiri. Hurm... cam best (sendiri perasan hahaha...)
Arr… yang ini pulak, Amirul Amin. Oleh aku sendiri. – EXIF: Shutter – 1/125sec | Aperture – f5.6 | ISO – 400 | Flash – Fired

Kagum plak aku tengok hasil potret Pak Naim yang dia hasilkan. Jadi malam tadi aku bodek lah anak bujang aku si Amirul Amin… Jadi model abahnye. Kepada kawan-kawan yang nak belajar teknik sebegini ada caranya. Aku tak pandai nak bercerita, tapi kalau nkorang nak belajar, sekali lagi aku sarankan supaya berguru dengan cikgu Arif Kaser. Sila hubungi beliau di Facebook ye.

Model baru pertama kali masuk set... jadi nkorang tak payah nak jadi juri hakim model plak ye.
Model baru pertama kali masuk set… jadi nkorang tak payah nak jadi juri hakim model plak :p

Ohhh ya.. hampir aku terlupa.. yang ini pulak adalah ole-ole dari latihan aku pada minggu lepas. Talent bernama Syadia. Ini first time aku setup scenes sendiri. Banyak perkara yang aku dan CREW AI MEDIA belajar. Terutama macam mana nak baca arah cahaya… background, model… macam-macam ar. Tak mudah sebenarnya.. Tapi pada aku ia satu pelajaran yang menyeronokkan.