FOBIA TAYAR PECAH
Memang la.. kalau bercakap saja bab bawak kereta… “Tayar Pecah” ketika memandu adalah perkara yang kerap menjadi fobia dikalangan pemandu kenderaan bermotor. Tak kira bawak motor, atau bawak kereta. Kalau lori tu lain sikit, tayar dia ade banyak. Namun macam tu, bila dah berhadapan dengan situasi macam ni, kesan dia memberi impak yang agak besar ketika memandu.
Pernah satu ketika dahulu, ketika waktu hendak bergegas menghantar isteri ke tempat kerja, tayar motor pulak pancit… Memang satu hal jugak la. Sebab waktu pancit tu dekat Flyover KL-Central menghala turun ke Bangsar. Bukan setakat pancit, disebabkan dah di lanyak jugak tayar pancit tu, maka tayar tu pecah terus.
Orang kata, kalau dah pancit motor tu, jangan la bawak.. tolak motor tu sambil enjin dihidupkan. Tapi adakah kau tahu yang masa tu adalah dalam keadaan hujan yang amat lebat? Kira-kira dalam pukul 7.30pagi waktu tu. Hujan lebat tu dah satu hal… tak mengapa lah, kerana ianya rahmat tuhan… kemudian, dalam masa yang sama, isteri aku masa kejadian sedang sarat mengandung anak yang sulung. Waktu tu dalam 7 nak masuk ke 8 bulan dah.
Jadi nak tak nak… terpaksa turun dan tolak motor dari KL-Central ke Bangsar oleh sepasang suami isteri ini dalam hujan lebat… Kesian tengok wife aku.. terpaksa dalam hujan dengan perut sarat, kene menapak. Sampai bengkak-bengkak teruk kakinya. Masa tu, kami belum lagi pakai kereta. Kesah kenangan cerita tersebut, aku abadikan pada catatan ini.
Berbalik pada fobia tayar pecah, aku memang cukup fobia bila tiap kali bawak kereta, atau motor, lepas tu… tayar aku rasa lain macam. Sanggup je aku turun tepi jalan, semata-mata nak pastikan yang tayar kereta aku berada dalam keadaan baik. Kalau tayar motor tu, boleh je usha-usha ke bawah. Kalau kereta… memang kene berhenti la jawab dia.
Bukannya apa, pasal masa kita syok bawak, kalau betul-betul tayar pecah macam mane? Tak ke bahaya. Lagi-lagi masa tengah corner. Wohhh jangan buat pasal wo… ini lah antara perkara utama yang aku fobia ketika memandu.
BUNYI GEGARAN BESI
Yang ini pon satu hal jugak. Dulu… satu ketika dulu, masa tu pakai Proton Saga Magma (Megavalve). Al-maklumla kereta agak uzur. Jadi sana sini dah berbunyi. Sungguhpun macam tu.. setiap bunyik “vibrating” mungkin juga merupakan petanda yang kereta akan mengalami masalah. Dok hairan la pasal ape ade bunyi berlenting-lenting dalam enjin… sekali tengok dashboard… NAHHH…. minyak hitam kering!
Piston dah panas… sudah bergesel sama itu dinding enjin. Nak tak nak terpaksa bawak pergi ke “Bidan Kereta”. Bila diperiksa… kesan daripada minyak hitam kering tu, piston dah ada sebiji yang retak. Pomen kereta suggest buat Major Overhaul. Duuhhh… kopak la jugak dalam RM3.5K masa tu. Ada yang bagi cadangan terus tukar enjin. Masalahnye ada jugak risiko, dimana enjin yang ditukar tu pon perlukan OVERHAUL. Jadi kosnya lebih tinggi dari yang disangka tahu!
BAU ASAP ATAU BAU HANGIT
Kalau yang ni.. aku rasa ramai kot yang fobia. Jangankan kata dalam rumah, dalam kereta apatah lagi kan? Kau cuba la bayangkan… tengah dok sedap-sedap drive tetibe bau hangit. Haaaa… macam mane? Dah la tengah bawak laju, atas highway… tetibe bau hangit. Memang konfem la takut. Buatnye tetibe kereta terbakar macam mane?
Eh, banyak tau kes-kes dimana kereta mengalami masalah teknikal seperti litar pintas. Tau tau je kereta terbakar. Kalau sempat lari ok lagi.. takut tak sempat lari? Memang risiko la. Kena pulak masa tu kita tengah memandu bersama anak-anak. Cuma kita yang ada sebagai orang dewasa. Pasangan tadek masa tu. Bayangkan kalau kereta berbau hangit macam terbakar. Konfem menggelabah la kan?
Itu lah orang kata… nak modified kereta tu kene berpada pada. Kepada yang gile audio, gila modified dan sebagainya… tak salah nak modified ni. Tapi pastikan la apa yang di ubahsuai tu mengikut skema keselamatan. Contohnye penyambungan wayar dan sebagainya, jangan ambik ringan perkara ni. Kalau berlaku litar pintas, kedai pomen takkan nak mengaku bertanggung jawab mereka. Risiko atas diri anda sendiri.
NOTA: Suatu ketika dahulu, aku pernah buat projek CAR AUDIO menggunakan telefon pintar N-GAGE. Telefon ini akan disambung pada Pre-AMP dan kemudiannya di besarkan output ke POWER-AMP. Tapi sayangnya schematic diagram untuk projek ini, dah hilang!
Ridz Ayeop
16/11/2015 @ 7:06 pm
Nak cari tayar nanti? Cuba website http://mytayar.com
Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Belang tarung
02/09/2015 @ 9:38 am
ketiga2 suspek yg mampu menyebabkan kemalangan
hafiz
03/03/2013 @ 12:24 pm
betul saya pun takut gak kalau tgh speeding tayar pecah…mintak dijauhkanlah..
akubiomed
23/02/2013 @ 10:49 pm
Masa guna Iswara kereta kebal pernah tayar bocor secara tiba-tiba kerana ada masalah nat. Kalau motor selalu kena dawai halus dan paku yang ditabur oleh mangkuk.
Bimbang kes tayar pecah maklumlah kalau bawa 50km/jam sekali pun tetap mengundang bahaya kerana kereta hilang kawalan.
Hafizul
21/02/2013 @ 3:55 pm
Memang fobis la kalau asyik terkena dugaan mcm ni..namun langkah berhati-hati perlu diamalkan…
Hafizul
21/02/2013 @ 3:55 pm
Saya telah membaca post ini.
muhammad fakhruddin
20/02/2013 @ 11:25 am
Saya telah membaca post ini.
ohcikgu
20/02/2013 @ 2:04 am
Saya telah membaca post ini.
Mus
17/02/2013 @ 11:45 am
Saya telah membaca post ini.
Kujie
17/02/2013 @ 9:46 am
Saya telah membaca post ini.
Datin Tyka
17/02/2013 @ 2:17 am
zaman universiti dlu,selalu sewa kete… dan selalu tanya abg sewa tu.. “bang, tayar dah cek? pecah kang”.. sebab takut.. abang tu pon cakap, “kalau bawak laju pecah la dia”.. seram.. tapi kalau benda dah jadi, tu semua dah dirancang oleh Maha Esa kan…
Muhamad Azman Ishak
21/02/2013 @ 12:58 am
betei tu datin.. kekeke.. kalau nak jadi.. walau kereta baru sekali pon.. boleh je breakdown. kene redo la kalau menerima dugaan macam tu. mesti ade sebab dan kifarah atas sesuatu. kan kan…
KiD
17/02/2013 @ 12:34 am
macam-macam kaaaan.. aku pernah kena bocor paip radiator, water pump bocor pun pernah.. berasap kete.. hahahahaaa
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 12:52 am
so far, kereta lama tu tak pernah lagi meragam bab radiator. tapi pernah meragam pasal alternatir. alternator dah kong. tak charge ke bateri. agak bahaya bila keadaan macam tu. kereta anytime boleh mati dengan tiba2.
p/s: kalau aku la.. kereta berasap… aku park tepi jalan.. duduk jejauh dulu.. bila dah macam selamat.. baru pergi dekat. ekekeke.. takut rentung kot kalau tunggu jugak :p
KiD
17/02/2013 @ 12:33 am
Saya telah membaca post ini.
hatiputera
17/02/2013 @ 12:29 am
Tayar pecah memang fobia,,lebih-lebih lagi tayar depan. satu lagi fobia saya ketika memandu laju tetiba enjin berasap..tangki air pecah..lagi fobia.
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 1:11 am
enjin hangit memang seriau beb. sama ada air kering atau minyak itam kering. perghhh takut meletup je pasal piston panas.
fariq
15/02/2013 @ 8:46 pm
bahaya jugakkan jadi benda2 gini..yg bwk kete sendiri pun risau kalo jadi benda2 gini.. lg kan plak kwn yg selalu bwk kompeni punye.. mcm2 hal.. lagi kite tatau ape masalahnya.. keke
Muhamad Azman Ishak
17/02/2013 @ 1:51 am
kalau bawak kereta kampeni.. kalau rosak bley claim bro.. ni masalah nye kereta sendiri. hahaha..
azman
15/02/2013 @ 11:14 am
Memang 3 benda tu yang aku fobia pun.Satu lagi fobia,timing belt walaupun baru setahun tukar,rasa nak tukar jer lagi sekali….walaupun bawak keta hujung minggu jer :)Yang penting doa dan tawalkal,moga benda2 gini tak terjadi tengah jalan,dah sampai destinasi tak per. 🙂
Anarm
15/02/2013 @ 10:38 am
Aku tak minat nak modified2 kereta ni.. Dah tau macam mana jadi bila dah start modified.. Motor aku dulu pun aku modified, lepas tu dia ‘mintak modified’ benda lain pulak.. Sampai tiap2 minggu tiap2 bulan nak kena keluar duit untuk ‘modified’ motor..
Dah pakai kereta skrg ni aku taknak modified apa2.. Kang tak pasal2 dia ‘mintak modified’ benda lain pulak.. Belanja modified kereta bukannya macam modified motor.. Mahal habaq hang..
Tayar pecah, bunyi besi atau bunyi pelik pada kereta dan bau hangit memang bleh buat rasa risau.. Tambah2 benda melibatkan nyawa ni jangan main2.. Nyawa ada 1 je.. sekali pakai je.. Bukan ada banyak nyawa macam dalam game Super Mario tu.. dah mati bleh main balik..