Aku send pakai jetpack liveblog tadi. Pasal ape tah, tadek gambor
Aku send pakai jetpack liveblog tadi. Pasal ape tah, tadek gambor

Aku minat lukis, minat mewarna. Dari zaman sekolah lagi. Pada asalnya aku bukan reti melukis pon. Dan sebelum aku berpindah sekolah rendah kat Sungai Besar, aku memang tak pernah terfikir yang aku akan suka melukis satu hari nanti.

Sampai lah aku berpindah sekolah. Aku berkawan dengan anak cikgu. Dia sangat pandai melukis. Lukis komik sendiri. Aku jadi kagum dengan bakat dia. Kat sekolah aku tu ada dua tiga orang yang ada bakat melukis dari kecik. Termasuk aku yang tadek bakat, tapi berminat.

Kami berkawan baik.. Aku pon join group kartunis diaorang. Aku belajar melukis. Mencipta watak kartun sendiri. Tak kurang jugak ada yang aku tiru. Melukis kartun ni, tak seperti melukis potret. Kartun boleh jadi apa saja. Besar, kecik, lonjong, panjang, pendek… Apa saja! Tadek hal. Sebab ianya kartun. Tak perlu simetri atau exact match!

Hari ni hari Jumaat. Nkorang masih duduk depan pc ke? Udah-udah la tu. Moh ke mesjid!

Thanks,
Azman Ishak.